Premium
Menimba ilmu tak kira usia: Usia 41 tahun, 5 anak
Ada yang mungkin berpendapat bahawa pembelajaran akan tamat setelah mereka menyelesaikan pendidikan formal di sekolah. Namun, beberapa individu yang diwawancara berpendapat sebaliknya. Bertekad untuk merebut prospek pekerjaan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat, individu-individu ini mencari peluang untuk terus meningkatkan kemahiran mereka.
Mar 12, 2021 | 5:30 AM
CONTOH BAGI ANAK-ANAK: Sebagai seorang bapa lima anak kecil, Encik Bramsha berharap beliau dapat menjadi contoh untuk terus belajar sepajang hayat. - Foto BH oleh YONG LI XUAN -
SETELAH menjalani satu kursus kaunseling enam tahun lalu ketika berkhidmat dalam tentera, ia menarik perhatian Encik Bramsha Osman untuk menceburi bidang tersebut.
Namun, sebagai satu-satunya pencari nafkah keluarga, Encik Bramsha berasa tanggungjawabnya yang berat untuk menyara empat anak, isterinya serta melanjutkan pengajiannya ke universiti ketika itu.

