Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

PEMBANGUNAN ASATIZAH

Ustaz Pasuni gesa asatizah dakap minat pembelajaran berterusan

Galak manfaat wadah Pendidikan Profesional Berterusan (CPE)
Feb 11, 2022 | 04:52 PM



ASATIZAH dan siswa agama perlu meluaskan ilmu dalam pelbagai bidang, selain agama.



Ini dapat bantu menjaminkan nilai pasaran mereka sambil memainkan peranan penting di dalam masyarakat.



Oleh itu, tokoh agama mapan Singapura seperti Ustaz Pasuni Maulan menyeru para asatizah supaya kian berkembang dan tidak terlalu fokus kepada satu bidang, iaitu dalam agama sahaja.



Mereka perlu terampil dalam pelbagai tugas (multitasking) supaya kekal relevan dalam membimbing masyarakat setempat.



Ini bermaksud kemahiran asatizah setempat tidak boleh mendatar, tetapi digalakkan untuk mepertingkat diri dari segi keilmuan, kecekapan dan kreativiti mereka.



Menerusi wawancara ekslusif bersama Berita Harian (BH) mengenai kepentingan pembangunan para asatizah baru-baru ini, Ustaz Pasuni berkata asatizah pada hari ini perlu melengkapkan diri bagi membantu menyelesaikan kepelbagaian masalah yang dihadapi masyarakat.



"Masalah (di dalam masyarakat) akan bertambah dan terus bertambah.



"Mereka (asatizah) perlu melengkapkan diri untuk mencari huraian bagi masalah yang ada (sekarang dan masa depan)," kata beliau yang juga menyarankan asatizah untuk bekerjasama dengan pakar-pakar seperti pekerja sosial, doktor dan pakar psikiatri bagi menyelesaikan sesuatu masalah itu.



KEPENTINGAN CPE



Ustaz Pasuni turut menyarankan asatizahsupaya meraih manfaat menerusi pelbagai kursus yang ditawarkan di bawah Pendidikan Profesional Berterusan (CPE) oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Apatah lagi, Muis telah melakarkan program dalam memastikan peningkatan rangka kerja asatizah menerusi CPE 2.0 baru-baru ini.



Selaku menjadi salah satu anggota Lembaga Pengiktirafan Asatizah (ARB), Ustaz Pasuni berkata CPE akan membantu asatizah untuk menjadi individu yang progresif.



Beliau berkata: "Sebagai contoh, bidang sel stem yang tidak dipelajari di madrasah. Mereka (asatizah) akan dapat lihat kemajuan itu dimanfaatkan dan kita juga tidak boleh menolak (perkembangan) itu sahaja kerana arus perkembangan ilmu-ilmu semakin pesat".



Namun, beliau menitik beratkan perbezaan antara individu 'progresif' dan 'liberal' di mana kedua-duanya diperlukan membuka minda mereka. Ini untuk mengelakkan daripada anasir yang tidak baik apabila menilai sesuatu isu itu.



"Dalam hidup ini kita perlu maju dan mengikut peredaran semasa. Dan sekiranya peredaran itu membuka ruang untuk kita kaji dan pelajari, kita perlu ikutinya," saran Ustaz Pasuni.



Ianya juga baik bagi asatizah supaya mereka dapat menjawab soalan-soalan yang ingin diketahui oleh para pelajar mengenai isu-isu semasa.



"Asas itu mesti perpadukan dengan Al-Quran dan sunnah, tetapi untuk menerapkan dan melaksanakannya perlukan pendekatan yang berbeza," ujar beliau.



CEP juga akan membantu asatizah "melihat realiti hari ini" dalam pelbagai bidang yang ada.



Ustaz Pasuni memberikan contoh bagaimana tren semasa seperti bidang perdangan wang kripto yang semakin popular diperbualkan dalam masyarakat sekarang.



"Ia diterima sebahagian negara dan ditolak oleh banyak lagi negara. Jadi apabila mereka didedahkan kepada (topik) ini, dan mendapat pertanyaan dari orang ramai terutama murid-murid mereka, mereka boleh menjawab dengan penuh kepastian dengan membawa dahlil-dahlil yang meyakinkan," katanya.



CPE menjadi komponen penting di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS) di mana para asatizah dikehendaki memenuhi keperluan minimum jam kredit dalam tempoh tiga tahun dengan mengikuti program pembangunan profesional yang diiktiraf.



Ini juga sebagai tuntutan agar pengiktirafan ARS mereka dapat diperbaharui.



Keperluan CPE berbeza mengikut dua peringkat iaitu guru agama (Asatizah) atau guru Al-Quran.



Asatizah perlu melengkapi 30 jam kredit CPE untuk jangka masa tiga tahun manakala guru Al-Quran pula memenuhi 15 jam kredit CPE dalam jangka masa yang sama.



MADRASAH BERI PELBAGAI LALUAN



Dalam pada itu, Ustaz Pasuni juga gembira dengan usaha madrasah kini yang telah meraih manfaat apabila dimasukkan ke dalam Sistem Madrasah Bersama (JMS) yang mula berkuatkuasa pada 2009.



Apatah lagi, pelajar bukan sahaja boleh melengkap pendidikan mereka dalam lulusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat 'O', 'A' atau Pra-U.



Malah, Program International Baccalaureate (IB) juga semakin mendapat minat oleh pelajar madrasah di sini sejak penerapannya di Madrasah Aljunied Al-Islamiah pada 2019.



Ustaz Pasuni akui tidak semua pelajar madrasah akan mengikuti aliran agama khusus.



Dan peluang yang diberikan oleh madrasah kini akan memberikan mereka laluan untuk menimba ilmu serta bekerkaya di sektor berlainan.



Beliau memberikan contoh di mana pelajar madrasah kini menyandang jawatan baik di sektor seperti kewangan, media dan informasi maklumat (IT).



Ustaz Pasuni juga berharap pelajar-pelajar madrasah akan kian berfikiran luas.



"Sumbangan mereka bukan setakat mengajar, tetapi mereka mempunyai peranan untuk membangun masyarakat. Mereka perlu menghulurkan tangan untuk berikan bantuan dalam apa jua bidang.



"Ini akan dapat bantu meningkatkan kualiti hidup mereka di samping mempunyai nilai kerohanian yang baik. Dengan itu juga, kita dapat mengurangkan masalah-masalah sosial yang mencengkam masyarakat kita," jelas beliau.



"Asatizah pada hari ini perlu melengkapkan diri bagi membantu menyelesaikan kepelbagaian masalah yang dihadapi masyarakat. Masalah (di dalam masyarakat) akan bertambah dan terus bertambah.

Mereka (asatizah) perlu melengkapkan diri untuk mencari huraian bagi masalah yang ada (sekarang dan masa depan,"


- Ustaz Pasuni Maulan




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >