Topic followed successfully
Go to BHkuUstaz Yusri, Marina Yusoff ganding bahu hasilkan podcast 'Warna-Warni Kehidupan'
Premium
Ustaz Yusri, Marina Yusoff ganding bahu hasilkan podcast 'Warna-Warni Kehidupan'
Jan 17, 2022 | 5:30 AM
Ustaz Yusri, Marina Yusoff ganding bahu hasilkan podcast 'Warna-Warni Kehidupan'
'WARNA- WARNI KEHIDUPAN': Diusahakan Ustaz Yusri (tengah) dan adiknya, Marina Yusoff, dengan bantuan anak Ustaz Yusri, Ahmad Yasir, sebagai teknisyen, ia membawa pendengar menelusuri realiti hubungan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman. - Foto ihsan USTAZ MOHAMMAD YUSRI YUBHI MD YUSOFF -
PASANGAN adik-beradik Ustaz Mohammad Yusri Yubhi Md Yusoff dan selebriti pempengaruh Marina Yusoff telah berganding bahu menghasilkan satu podcast yang bertujuan membawa pendengar menelusuri realiti hubungan antara suami isteri, ibu bapa, keluarga dan juga sesama teman.
Diberi nama Warna-Warni Kehidupan, podcast yang dimulakan pada 11 Jun lalu itu membawakan kisah-kisah yang dekat di hati pendengar dan yang pernah dilalui anggota masyarakat.

