Topic followed successfully
Go to BHkuUstazah Rohana: Ambil peluang tingkat ilmu di bulan Ramadan
Premium
Ustazah Rohana: Ambil peluang tingkat ilmu di bulan Ramadan
Apr 19, 2022 | 5:30 AM
Ustazah Rohana: Ambil peluang tingkat ilmu di bulan Ramadan
"Hidup adalah amanah untuk dimanfaatkan dan ia amat berharga. Semoga dengan ilmu yang inovatif, kreatif dan sesuai dengan konteks hari ini, kita diberkati dan dibalas Allah swt. Apabila kita mengimbau kembali strategi Rasulullah saw dari kota Makkah ke Madinah, kita akan dapati langkah yang dirancang penuh profesional, teratur dan terancang." - Ustazah Dr Rohana Ithnin. -
AMBIL peluang Ramadan ini dengan mencontohi Rasulullah saw dan para sahabat ra untuk mempertingkatkan kemahiran serta mencuba peluang dan kemahiran baru.
Anggota penuh Jawatankuasa Fatwa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Ustazah Dr Rohana Ithnin, berkata pelbagai kemahiran ada ditawarkan sama ada ilmu bermasyarakat dalam mengurus emosi atau ilmu santapan rohani dan jasmani serta penyucian jiwa.

