Bertekad hapus Islamofobia, imbangi impak Covid-19 pada minoriti
Premium
Bertekad hapus Islamofobia, imbangi impak Covid-19 pada minoriti
WANITA PERTAMA DIPILIH KETUA MAJLIS MUSLIM BRITAIN
Feb 22, 2021 | 5:30 AM
CIK ZAHARA MOHAMMED. - Foto FACEBOOK -
LONDON: Wanita pertama yang menerajui pertubuhan penaung Muslim terbesar di Britain berkata beliau berharap dapat menangani isu Islamofobia, memberi inspirasi kepada wanita Muslim lain untuk mengambil peranan kepemimpinan, dan mendorong golongan etnik minoriti supaya menerima vaksinasi Covid-19.
Cik Zara Mohammed, 29 tahun, seorang perunding kebajikan amal dan siswazah undang-undang dari bandar Glasgow di Scotland, dipilih sebagai ketua Majlis Muslim Britain (MCB) setelah memenangi hampir dua pertiga suara menentang pesaingnya, seorang imam.

