SIRI podcast, acara 'live' di media sosial, serta penglibatan sayap belia merupakan antara usaha parti pembangkang di Singapura untuk mendekati dan memahami cabaran yang dihadapi anak muda, termasuk belia Melayu/Islam.

Pelbagai kegiatan itu membincangkan topik yang menjadi keprihatinan seperti pendidikan, pekerjaan dan kos sara hidup yang kemudian diutarakan di Parlimen.