DARIPADA seorang mekanik yang menyenggara dan memperbaiki hawa dingin supaya orang dapat menikmati suasana sejuk, Encik Roslee Mustaffa bertukar kerja menjadi seorang teknisyen.

Tugasnya serupa, iaitu menyenggara dan memperbaiki sistem penyejuk, tetapi pelanggannya kali ini bukan manusia, tetapi burung penguin yang tinggal dalam pameran dengan suhu dingin.