Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

Imelda anak Allahyarham Sarkasi Said terus perjuangkan seni lukisan batik di Singapura

Warisi darah seni lukisan batik, ikut jejak langkah arwah ayah

Jun 25, 2023 | 05:31 AM



Tidak mahu ia hilang ditelan zaman, generasi pelapis seni dan budaya Melayu giat memperjuangkan dan meneruskan warisan tradisional dan berkongsi ilmu dengan masyarakat Melayu lebih luas agar ia tidak lupa dalam ingatan. Ini dilakukan melalui kegiatan seni masing-masing, termasuk lukisan batik, muzik tradisional dan karangan tanjak. Berikut Berita Minggu memaparkan kisah tiga penggiat seni.

Ke mana tumpuahnya kuah, kalau tidak ke nasi.

Maka tidak hairanlah darah seni yang pernah mengalir dalam diri permata batik Singapura, Allahyarham Sarkasi Said, diwarisi anak bongsunya, Cik Imelda Zahri Sarkasi, yang kini menjadi pelapis untuk memperjuangkan seni lukisan batik di Singapura.

Menyingkap bagaimana beliau jatuh cinta kepada bentuk seni tersebut, Cik Imelda, 41 tahun, berkata perasaan itu wujud secara semula jadi kerana sejak berusia enam tahun lagi, beliau kerap “membuntut” bapanya, Allahyarham Sarkasi, ke mana sahaja Allahyarham pergi termasuk pameran yang memaparkan pelukis tempatan mahupun antarabangsa.

“Apabila saya lihat bapa saya mendapatkan wang untuk keluarga (menerusi batik), saya sedar bagaimana bapa saya bekerja keras. Dari situlah bapa dapat besarkan saya dari kecil hingga dewasa, jadi itulah yang membuat saya cinta terhadap batik,” ujarnya.

Pada usia 18 tahun, Cik Imelda mula serius dalam bidang melukis batik dan menjadi perantis kepada arwah bapanya. Sewaktu masa lapang, beliau akan berlatih melukis corak, menerokai warna berbeza-beza dan mengekspresi dirinya menerusi karya batik.

Cik Imelda juga mengikut bapanya ke negara berlainan untuk belajar teknik batik yang diamalkan masyarakat berbeza di luar negara.

Menurutnya, arwah bapanya tidak pernah memaksanya menceburi bidang seni, malah Cik Imelda berpeluang menerokai bidang lain termasuk perkhidmatan pelanggan dan perhotelan.

Bagaimanapun, beliau tidak mendapati ia serasi dengannya dan ‘berpatah balik’ kepada seni kerana tidak dapat membayangkan kehidupan dengan seni terpisah daripada dirinya.

“Melukis batik ibarat terapi untuk diri sendiri. Batik melambangkan perjalanan hidup anda. Sambil lukis, canting... kalau sedang sakit warnanya menjadi lebih kepada biru gelap, kalau anda ceria ia menjadi hijau terang. ‘Mood’ anda akan jejas hasil karya anda,” kata beliau yang adik-beradiknya juga menceburi bidang seni.

Ketika ditanya tentang cabaran yang dihadapi pelapis sepertinya pada zaman sekarang, Cik Imelda akur ia bukan mudah untuk “cari makan” kerana industri seni di Singapura amat kecil dan terbatas.

“Justeru, apa yang dilakukannya sekarang bukan untuk mengejar wang, tetapi kerana mahu terus mengekalkan seni batik dalam kalangan masyarakat agar ia tidak pupus ditelan zaman.

“Arwah selalu ingatkan kami bahawa kalau kami menghasilkan sebuah karya seni, ia adalah untuk diri kita, untuk mengekspresi diri kita... jika orang faham karya kita, itu sudah merupakan satu kemenangan.

“Kami tidak pernah menetapkan harga bagi karya batik, selalunya ia bergantung kepada klien. Jadi kami anggap wang yang diterima itu suatu ‘bonus’,” ujarnya.

Meluahkan keprihatinan tentang kurangnya pelapis muda dalam bidang seni, terutama sekali lukisan batik, Cik Imelda sedang berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang seni lukisan batik dalam kalangan masyarakat dengan mengadakan kegiatan batik di rumah penjagaan warga emas dan di peringkat sekolah.

Sebagai ibu kepada seorang anak lelaki berusia tiga tahun juga, Cik Imelda berharap dapat mendedahkan anaknya kepada seni lukisan batik, sama seperti yang dilaluinya semasa kecil dahulu, tetapi tidak menaruh harapan tinggi kerana akur bahawa beliau ingin memberi ruang kepada anaknya menceburi bidang lain.

Cik Imelda berharap orang ramai tidak akan melihat seni lukisan batik hanya sebagai seni sahaja, tetapi juga suatu kegiatan yang dapat mengeratkan hubungan keluarga.

“Sewaktu enam bulan terakhir sebelum bapa saya meninggal dunia, beliau masih ingin memperjuangkan seni dan membuat sumbangan. Saya ingin ikut jejak langkah beliau kerana seni tidak ada noktah. Saya akan terus memperjuangkannya sehingga saya menghembuskan nafas terakhir,” ujarnya bersemangat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >