Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Wickremesinghe dilantik lagi sebagai PM Sri Lanka kali keenam

May 14, 2022 | 05:30 AM



COLOMBO: Bekas Perdana Menteri Sri Lanka, Encik Ranil Wickremesinghe, telah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru Sri Lanka buat kali keenam.



Beliau dianggap mampu membawa kestabilan di tengah-tengah kemelut politik dan ekonomi yang melanda negara itu. Encik Wickremesinghe, 73 tahun, mengangkat sumpah di hadapan Presiden Gotabaya Rajapaksa dalam satu majlis di pejabat presiden kelmarin.



Beliau pernah menyandang jawatan perdana menteri sebanyak lima kali sebelum ini, lapor Hindustan Times.



"Anggota kabinet kemungkinan akan dilantik secepat mungkin," kata jurucakap Presiden Rajapaksa, Encik Sudewa Hettiarachchi, seperti ditukil Aljazeera.com.



Encik Wickremesinghe telah bekerjasama rapat dengan Encik Rajapaksa untuk merombak Kementerian Kewangan dan bank pusat selain membuat perubahan kepada dasar fiskal dan kewangan.



Abang presiden, Encik Mahinda Rajapaksa, meletak jawatan sebagai perdana menteri Isnin lalu selepas penyokongnya menyerang penyokong antipemerintah yang melakukan bantahan secara aman selama berminggu-minggu.



"Ini adalah peristiwa bersejarah," seorang penggubal undang-undang Tamil, Dharmalingam Sithadthan, memberitahu AFP, merujuk kepada kembalinya Encik Wickremesinghe menyandang jawatan tinggi di negara itu.



"Ini menunjukkan keadaan terdesak di negara kita."



Encik Wickremesinghe merupakan satu-satunya wakil Parlimen daripada Parti Perpaduan Nasional, iaitu sebuah pasukan politik yang pada satu masa dahulu berkuasa dan hampir tewas dalam pilihan raya lalu Sri Lanka.



Mantan peguam itu datang daripada sebuah keluarga politik dan bapa saudaranya Junius Jayewardene pernah berkhidmat sebagai presiden selama lebih sedekad.



Ini menandakan titik perubahan dan mencetuskan beberapa hari huru-hara dan keganasan yang mengorbankan sekurang-kurangnya sembilan orang dan mencederakan lebih 200, dengan berpuluh-puluh rumah penyokong setia Encik Mahinda dibakar.



Encik Mahinda melarikan diri dari ibu negara Colombo dan berlindung di pangkalan tentera laut Trincomalee di pantai timur negara itu.



Rakyat menyalahkan legasi Encik Mahinda atas kemerosotan ekonomi di Sri Lanka yang sebelum ini mengurangkan rizab kepada hanya kira-kira AS$50 juta ($69.75 juta), menghalang sebahagian besar import dan menyebabkan kekurangan besar-besaran bekalan makanan utama, bahan api serta ubat-ubatan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >