Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

10 peratus stok vaksin Covid-19 S'pura telah capai tarikh luput: MOH

Oct 26, 2022 | 9:16 PM
KURANGKAN PEMBAZIRAN: MOH telah mengambil langkah untuk meminimumkan pembaziran, seperti dengan menukar dan menderma stok vaksin dengan negara yang lebih memerlukannya, dan dengan bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk memanjangkan jangka hayat stok vaksin.
KURANGKAN PEMBAZIRAN: MOH telah mengambil langkah untuk meminimumkan pembaziran, seperti dengan menukar dan menderma stok vaksin dengan negara yang lebih memerlukannya, dan dengan bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk memanjangkan jangka hayat stok vaksin. - NG SOR LUAN

KIRA-KIRA 10 peratus stok vaksin Covid-19 Singapura telah mencapai tarikh luputnya, dedah Kementerian Kesihatan (MOH) pada Rabu (26 Okt) sebagai menjawab pertanyaan media mengenai pembaziran vaksin. MOH menyatakan sedang vaksin yang terbaru dengan keberkesanan lebih tinggi dikeluarkan, stok vaksin lama yang dibeli tidak akan dapat digunakan sepenuhnya. Kementerian itu menambah, ia telah mengambil langkah untuk meminimumkan pembaziran, seperti dengan menukar dan menderma stok vaksin dengan negara yang lebih memerlukannya, dan dengan bekerjasama dengan pengeluar vaksin untuk memanjangkan jangka hayat stok vaksin. MOH berkata ia memperoleh akses lebih awal kepada vaksin Covid-19, sebagai membentuk barisan pertahanan utama Singapura menentang Covid-19. Ini termasuk mendapatkan bekalan mencukupi dengan menjangkakan varian koronavirus baru membimbangkan yang muncul, di mana mungkin berlaku permintaan global yang mendadak atau gangguan terhadap penghantaran dos vaksin. MOH menambah bahawa kontraknya juga membolehkan akses awal kepada formulasi baru dan yang lebih berkesan, seperti vaksin bivalen yang dilancarkan pada 14 Oktober lalu. Kementerian itu menyatakan ia tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut kerana syarat kontrak.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg