Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100 isi rumah terima habuan Hari Raya

May 01, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 100 isi rumah berpendapatan rendah di kawasan Jalan Kukoh telah menerima habuan makanan yang terdiri daripada barangan harian serta sampul Hari Raya untuk membantu mereka dengan perbelanjaan menjelang Hari Raya Aidilfitri.



Inisiatif yang dijalankan ini merupakan sebahagian daripada usaha "Memberi Kembali Kepada Masyarakat" tahunan Koperatif Pekerja Badan Berkanun Singapura (SSBEC) yang disokongi oleh Persekutuan Koperatif Kebangsaan Singapura (SNCF).



Kembali untuk edisi kedua tahun ini, acara SSBEC ini adalah inisiatif sepanjang tahun untuk menghulurkan bantuan kepada isi rumah yang memerlukan menjelang musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Deepavali.



Semalam, seramai 20 sukarelawan telah berkumpul untuk mengagihkan habuan tersebut kepada keluarga-keluarga ini.



Turut turun ke padang termasuk Pengerusi SSBEC, Encik S. Gulam; Pengerusi SNCF Encik Tng Ah Yiam; kakitangan daripada SSBEC dan SNCF; wakil daripada Persatuan Rakyat (PA), serta Jawatankuasa Penduduk Jalan Kukoh.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >