Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,000 tukang paip berlesen dijangka sertai wadah sehenti buka peluang pekerjaan

May 26, 2023 | 06:52 PM



SEKITAR 1,000 atau hampir semua tukang paip berlesen di Singapura dijangka menyertai wadah dalam talian sehenti baru yang menghubungkan mereka dengan peluang pekerjaan pada tahun pertama ia dilancarkan.

Wadah itu, yang turut membenarkan tukang paip menyenaraikan khidmat mereka, dilancarkan Persatuan Khidmat Tukang Paip Singapura (SPS) pada Jumaat.

Ia merupakan hasil kerjasama SPS dengan agensi air negara, PUB dan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC).

Laman di www.singaporeplumbingsociety.org.sg itu berfungsi sebagai ruang khusus bagi tukang paip dan pihak berkepentingan dalam sektor khidmat tukang paip untuk meneroka peluang perniagaan dan memupuk kerjasama dalam industri, kata SPS dalam kenyataannya.


Bakal pembeli khidmat tukang paip, seperti perbadanan pengurusan hak milik strata (MCST), pengurus prasarana, pereka dalaman dan jurutera juga boleh menyenaraikan jenis khidmat yang diperlukan.

Menurut SPS lagi, wadah itu boleh memadankan bakal pembeli khidmat dengan tukang paip berlesen yang boleh melaksanakan kerja berkualiti dengan piawaian undang-undang dan industri.

Melancarkan wadah sehenti baru itu di Safra Mount Faber, Pengarah U SME NTUC dan U Wanita dan Keluarga NTUC, Cik Yeo Wang Ling, berkata wadah itu membolehkan tukang paip memasarkan perkhidmatan mereka dengan lebih baik.

“Wadah ini memberi peluang kepada mereka untuk menunjukkan khidmat pemasangan paip. Pada masa yang sama, ia juga penting bagi syarikat-syarikat sebagai wadah untuk menyenaraikan khidmat lain yang ditawarkan,” kata Cik Yeo, yang juga merupakan Anggota Parlimen (AP) GRC Pasir Ris-Punggol.

“Justeru, laman SPS ini dapat menjadi wadah sehenti bagi kedua-dua pelanggan dan syarikat yang menawarkan khidmat pemasangan paip,” jelas Cik Yeo.

Menambah, Cik Yeo berkata pelaksanaan wadah sehenti itu selaras dengan Model Gaji Progresif (PWM) yang dicadangkan NTUC dan pelan hala tuju operasi dan teknologi 10 tahun bagi sektor itu, yang antara lain bertujuan meningkatkan gaji dan prospek pekerjaan bagi peniaga dan memastikan bekalan tukang paip tempatan berdaya tahan.

Presiden SPS, Encik Dickrose Masalamani, berkata wadah sehenti itu boleh mengubah imej tukang paip berlesen dalam pelbagai khidmat, baik yang kecil atau di skala lebih besar.

“Kami berhasrat untuk menonjolkan peluang kerjaya yang menguntungkan dalam industri ini dan mengatasi stigma sosial yang menghalang anak muda Singapura mempelajari kemahiran atau skill trade ini,” kata beliau.


Mengalu-alukan kerjasama baru itu, Pengarah Bekalan Air (Rangkaian) di PUB, Encik Ridzuan Ismail, berkata kerjasama agensi air dengan persatuan khidmat tukang paip dan kesatuan sekerja bukan sahaja boleh memanfaatkan tukang paip, malah memenuhi permintaan pelanggan.

Sebagai contoh, beliau berkata pihak awam boleh menggunakan wadah sehenti itu untuk mendapatkan tukang paip berlesan bagi kerja-kerja paip sanitari di rumah.

“Kami percaya melalui usaha kolektif ini, kita boleh membuka jalan untuk pertumbuhan berterusan dan inovasi untuk mencapai piawaian khidmat tukang paip lebih tinggi dan seterusnya membangunkan industri khidmat tukang paip yang lebih mampan dan profesional,” kata Encik Ridzuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >