Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

100,000 kakitangan jagaan kesihatan awam akan terima hingga $4,000 setiap seorang

MOH juga akan beri $10,000 kepada setiap Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang boleh dikongsi dalam kalangan kakitangan klinik
Nov 06, 2021 | 05:30 AM



SERAMAI 100,000 kakitangan pertubuhan penjagaan kesihatan awam yang terlibat dalam usaha memerangi Covid-19 akan menerima hingga $4,000 setiap seorang bagi mengiktiraf sumbangan dan kerja keras mereka.



Anugerah Penjagaan Kesihatan Covid19 itu akan diberikan kepada semua kakitangan di hospital akut, hospital masyarakat, poliklinik, serta kakitangan di kemudahan masyarakat seperti rumah jagaan warga emas.



Anugerah tersebut diumumkan Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



"Saya tahu pemberian kewangan ini tidak mencerminkan sepenuhnya sumbangan pekerja penjagaan kesihatan, dan ia juga bukan pendorong utama seorang pekerja penjagaan kesihatan.



"Tetapi ia adalah langkah sewajarnya bagi MOH (Kementerian Kesihatan) untuk mengiktiraf sumbangan anda pada tahun yang luar biasa ini," kata Encik Ong.



MOH juga akan memberikan $10,000 kepada setiap Klinik Kesediaan Kesihatan Awam (PHPC) yang boleh dikongsi dalam kalangan kakitangan klinik.



Kakitangan institusi penjagaan kesihatan akan menerimanya pada Disember ini, manakala kakitangan di pertubuhan jagaan masyarakat dan PHPC akan menerimanya pada suku pertama tahun depan.



Encik Ong mengumumkan langkah mengiktiraf kakitangan penjagaan kesihatan itu dalam majlis Anugerah Kecemerlangan Perubatan Nasional (NMEA) semalam.



Seramai empat individu dan dua pasukan telah menerima NMEA tahun ini bagi sumbangan mereka dalam bidang mutu penjagaan, keselamatan pesakit, penyelidikan serta pendidikan dan latihan.



Penerima Anugerah Klinisian Cemerlang Nasional tahun ini ialah Profesor Dale Fisher, seorang konsultan kanan di Hospital Universiti Nasional (NUH), yang diiktiraf bagi kepimpinannya memajukan inisiatif pencegahan jangkitan yang membantu pesakit di Singapura dan di peringkat sejagat.



Beliau merupakan antara 12 pakar antarabangsa yang dipilih bagi menyertai Misi Bersama Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)-China mengenai Covid-19 yang pertama ke negara itu untuk menyiasat dan membimbing respons global terhadap virus itu.



Anugerah Saintis Klinisian Cemerlang Nasional pula diberikan kepada Profesor Chong Siow Ann, seorang konsultan kanan Institut Kesihatan Mental (IMH) bagi sumbangannya terhadap penyelidikan dan rawatan kesihatan mental dan usahanya mengubah persepsi masyarakat mengenai kesihatan mental.



Seorang lagi individu yang diiktiraf ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perkhidmatan Klinik di Hospital Masyarakat SingHealth (SCH), Profesor Madya Wong Kok Seng, yang menerima Anugerah Mentor Klinisian Cemerlang.



Anugerah Pendidik Klinisian Cemerlang pula diberikan kepada Profesor Tan Hak Koon, Pengerusi dan Ketua Obstetrik di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK.



Beliau diiktiraf bagi sumbangan dalam memajukan pendidikan obstretrik dan ginekologi di Singapura dan di luar Singapura.



Anugerah Pasukan Kecemerlangan Klinik pula diberikan kepada pasukan yang menyelidik Covid-19 serta mengurus respons pandemik di Singapura dan di peringkat global.



Mereka terdiri daripada Profesor Madya David Lye Chien Boon (Pusat Nasional bagi Penyakit Berjangkit, NCID); Profesor Lisa Ng Fong Poh (Agensi bagi Sains, Teknologi dan Penyelidikan, A*Star); Dr Barnaby Young (NCID); dan Dr Chia Wan Ni (Sekolah Perubatan Duke-NUS).



Satu pasukan dari Hospital Besar Changi (CGH), yang dianggotai Profesor Madya Steven Lim Hoon Chin, Profesor Madya How Choon How, Cik Priscilla Goh, dan Dr Oh Hong Choon, pula menerima anugerah bagi meningkatkan keberkesanan respons kemalangan dan kecemasan.




"Saya tahu pemberian kewangan ini tidak mencerminkan sepenuhnya sumbangan pekerja penjagaan kesihatan, dan ia juga bukan pendorong utama seorang pekerja penjagaan kesihatan.

Tetapi ia adalah langkah sewajarnya bagi MOH (Kementerian Kesihatan) untuk mengiktiraf sumbangan anda pada tahun yang luar biasa ini."

- Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >