Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

11 terlibat dalam kemalangan bas di Bukit Batok dibenar pulang dari hospital

Jul 13, 2021 | 05:30 AM



MAJORITI mereka yang dirawat di hospital akibat kecederaan daripada kemalangan bas Bukit Batok telah dibenarkan pulang, kata Tower Transit semalam.



Menjawab pertanyaan The Straits Times, jurucakap syarikat bas itu mengatakan bahawa 11 orang telah dibenarkan pulang sementara empat masih dirawat di hospital.



Dua bas Tower Transit, kededuanya menggunakan laluan perkhidmatan 'feeder' atau dalaman 945, bertembung di Pusat Pertukaran Bas Bukit Batok pada petang kelmarin.



Tiga pemandu dan 15 penumpang terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan salah satu daripada basnya terbalik ke sisi.



Kesemua 15 penumpang berada dalam bas yang terbalik itu.



Bas yang satu lagi tidak membawa penumpang.



Seorang pemandu bas SBS, yang tidak berada di dalam mana-mana bas, juga cedera dan dibawa ke hospital.



Naib presiden kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan, mengatakan pemandu tersebut sedang berdiri di laluan jalan kaki ketika beliau cedera disebabkan salah satu bas itu.



"Dia kekal diwadkan... kami berhubung rapat dengan keluarganya dan sedang memberikan segala bantuan," katanya semalam.



Kemalangan itu dipercayai berlaku ketika bas yang tanpa penumpang sedang membuat pusingan di dalam pusat pertukaran bas itu.



Ia bertembung dengan bas kedua, yang sedang memasuki pusat pertukaran bas itu, pada sekitar 5 petang.



Bas kedua itu kemudian menembusi pagar rendah dan terbalik di sisinya di tanjakan yang menjadi laluan masuk dan keluar untuk bas.



Jurucakap Tower Transit itu mengatakan tiada gangguan perkhidmatan dan penumpang dapat terus menggunakan sebahagian pusat pertukaran bas yang tidak terjejas.



"Aliran trafik dalam pusat pertukaran kembali normal setelah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan dikeluarkan pada lewat malam Ahad," tambah beliau.



Jurucakap itu berkata penumpang lain yang terlibat dalam kemalangan boleh menghubungi syarikat itu di talian 1800-248-0950 atau mengirim maklum balas di feedback@towertransit.sg, atau melungsuri pejabat khidmat penumpangnya di pusat pertukaran bas Jurong East atau Bukit Batok.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata kelmarin bahawa lapan orang telah dibawa ke Hospital Ng Teng Fong, empat ke Hospital Universiti Nasional, dan dua ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Semalam, seorang jurucakap TTSH hanya mengatakan bahawa tidak ada pesakit yang berada dalam keadaan kritikal, walaupun kedua-duanya masih menerima rawatan. Dua hospital lain enggan memberi komen, dengan alasan kerahsiaan pesakit.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >