SERAMAI 12 pemandu kenderaan ditangkap dalam satu operasi penguatkuasaan bersama yang menyasarkan kenderaan berdaftar asing berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi Selasa (12 April). Operasi itu, yang melibatkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dilakukan untuk mengingatkan pemandu supaya mematuhi peraturan keselamatan alam sekitar dan jalan raya. Dalam satu kenyataan bersama, NEA, SPF dan LTA berkata mereka akan terus menjalankan penguatkuasaan tetap dan penguatkuasaan 'ad-hoc' terhadap pemandu yang bersalah. "Kenderaan berdaftar asing yang memasuki Singapura mesti mematuhi keperluan keselamatan dan pelepasan yang ditetapkan, seperti piawaian pelepasan asap dan bunyi Singapura di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Alam Sekitar dan Pengurusan (Asap kenderaan)," kata mereka. "Plat lesen pada kenderaan ini juga mesti dipamerkan dengan betul." Daripada 12 yang ditangkap pada Selasa, lapan adalah kerana gagal mematuhi keperluan teknikal dan pengaturan, seperti mempunyai plat lesen yang tidak betul, tiga untuk bunyi yang berlebihan dan satu untuk pelepasan asap. NEA telah meningkatkan ujian pelepasan motosikal berdaftar asing di pusat pemeriksaan sejak 1 April, apabila sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula. Polis Trafik berkata ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan yang memilih untuk melanggar peraturan lalu lintas. Kenderaan berdaftar asing yang didapati tidak mematuhi peraturan boleh dinafikan masuk ke Singapura di pusat pemeriksaan darat dan berdepan hukuman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan. Orang ramai yang ingin melaporkan kesalahan pemandu kenderaan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan butiran seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi, tarikh dan masa kejadian di laman web pihak berkuasa berkenaan. NEA, SPF dan LTA menggesa pemandu asing yang memasuki Singapura dengan kenderaan mereka untuk memainkan peranan mereka bagi memastikan persekitaran bersih dan selamat. "Mengurangkan pelepasan asap kenderaan dan bunyi akan membantu mencapai dan mengekalkan persekitaran hidup yang bersih dan sihat di Singapura," kata mereka. Kesemua 12 pemandu yang ditangkap pada Selasa telah dikenakan denda komposisi. Mereka yang didapati bersalah mengendalikan kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang berlebihan atau mengeluarkan asap melebihi peraturan boleh didenda hingga $2,000 jika itu adalah kesalahan pertama mereka, dan hingga $5,000 jika mereka adalah pesalah berulang. Mereka yang didapati bersalah gagal mempamerkan plat lesen yang betul boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda $1,000.
SERAMAI 12 pemandu kenderaan ditangkap dalam satu operasi penguatkuasaan bersama yang menyasarkan kenderaan berdaftar asing berhampiran Pusat Pemeriksaan Woodlands pada pagi Selasa (12 April).
Operasi itu, yang melibatkan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), dilakukan untuk mengingatkan pemandu supaya mematuhi peraturan keselamatan alam sekitar dan jalan raya.
Dalam satu kenyataan bersama, NEA, SPF dan LTA berkata mereka akan terus menjalankan penguatkuasaan tetap dan penguatkuasaan 'ad-hoc' terhadap pemandu yang bersalah.
"Kenderaan berdaftar asing yang memasuki Singapura mesti mematuhi keperluan keselamatan dan pelepasan yang ditetapkan, seperti piawaian pelepasan asap dan bunyi Singapura di bawah Peraturan-Peraturan Perlindungan Alam Sekitar dan Pengurusan (Asap kenderaan)," kata mereka.
"Plat lesen pada kenderaan ini juga mesti dipamerkan dengan betul." Daripada 12 yang ditangkap pada Selasa, lapan adalah kerana gagal mematuhi keperluan teknikal dan pengaturan, seperti mempunyai plat lesen yang tidak betul, tiga untuk bunyi yang berlebihan dan satu untuk pelepasan asap.
NEA telah meningkatkan ujian pelepasan motosikal berdaftar asing di pusat pemeriksaan sejak 1 April, apabila sempadan darat antara Singapura dengan Malaysia dibuka semula.
Polis Trafik berkata ia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap pemandu kenderaan yang memilih untuk melanggar peraturan lalu lintas.
Kenderaan berdaftar asing yang didapati tidak mematuhi peraturan boleh dinafikan masuk ke Singapura di pusat pemeriksaan darat dan berdepan hukuman yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan.
Orang ramai yang ingin melaporkan kesalahan pemandu kenderaan boleh berbuat demikian dengan mengemukakan butiran seperti nombor pendaftaran kenderaan, lokasi, tarikh dan masa kejadian di laman web pihak berkuasa berkenaan.
NEA, SPF dan LTA menggesa pemandu asing yang memasuki Singapura dengan kenderaan mereka untuk memainkan peranan mereka bagi memastikan persekitaran bersih dan selamat.
"Mengurangkan pelepasan asap kenderaan dan bunyi akan membantu mencapai dan mengekalkan persekitaran hidup yang bersih dan sihat di Singapura," kata mereka.
Kesemua 12 pemandu yang ditangkap pada Selasa telah dikenakan denda komposisi.
Mereka yang didapati bersalah mengendalikan kenderaan yang mengeluarkan bunyi yang berlebihan atau mengeluarkan asap melebihi peraturan boleh didenda hingga $2,000 jika itu adalah kesalahan pertama mereka, dan hingga $5,000 jika mereka adalah pesalah berulang.
Mereka yang didapati bersalah gagal mempamerkan plat lesen yang betul boleh dipenjara hingga tiga bulan dan didenda $1,000.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg