Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:15
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

12% rumah ada kereta miliki lebih dari dua, kurang 3% ada tiga, lebih kereta

Dec 01, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 471,000 isi rumah di Singapura memiliki kereta dan 12 peratus - atau 56,520 - daripadanya mempunyai dua kereta.



Kurang 3 peratus daripada isi rumah ini, atau 14,130, memiliki tiga kereta atau lebih.



Memberi perangkaan itu di Parlimen kelmarin, Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata peratusan pemilikan kereta agak stabil sejak beberapa tahun lalu, tanpa perubahan besar dalam corak permintaan yang mungkin telah menaikkan harga Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) sejak kebelakangan ini.



Anggota Parlimen (AP) Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), bertanya apakah isi rumah yang memiliki beberapa kereta mendorong kenaikan premium COE, dengan berkata "oleh kerana mereka cenderung datang daripada isi rumah berpendapatan tinggi, mereka mempunyai keupayaan membayar lebih untuk COE mereka".



Beliau juga bertanya apakah pemerintah akan menimbangkan langkah-langkah untuk membendung permintaan COE Kategori A daripada isi rumah yang membeli kereta kedua, atau seterusnya, yang lebih kecil.



Harga COE bagi kereta lebih kecil dan kuasa lebih rendah dan kenderaan elektrik mencapai $90,589 dalam tender terkini, tidak jauh daripada paras tertinggi sepanjang masa sebanyak $92,100 yang dicatat pada Januari 2013.



Harga rekod tinggi turut dilihat dalam kategori lain tahun ini.



Memberi respons, Encik Iswaran berkata kenaikan premium COE disebabkan oleh bekalan ketat dan bukan permintaan.



Beliau juga memberi amaran tentang "akibat tidak diingini" dalam pasaran akibat menyesuaikan sistem.



Menurut beliau, pembatalan pendaftaran kenderaan sebahagiannya terjejas oleh kitaran COE 10 tahun, disebabkan corak sejarah pendaftaran kereta serta pemilik sedia ada yang memilih membatalkan pendaftaran atau memperbaharui COE kereta sedia ada mereka.



"Secara seimbang, saya akan mengatakan bahawa ia tidak semestinya sebarang usaha membendung pemilikan kereta selepas memiliki kereta pertama dalam mana-mana isi rumah akan membawa kesan menurunkan harga COE," kata beliau.



Encik Giam kemudian bertanya apakah isi rumah tersebut menambahkan permintaan bagi COE, sambil berkata 12 peratus isi rumah mempunyai dua kereta bukan "satu bilangan kecil".



Menjawab, Encik Iswaran berkata peratusan isi rumah yang memiliki beberapa kereta stabil sepanjang satu tempoh masa, termasuk tempoh semasa harga COE "tidak begitu tinggi".



Beliau juga berkata soalan Encik Giam membayangkan bahawa isi rumah berpendapatan tinggi yang yang memiliki beberapa kereta.



"Saya ingin menegaskan bahawa isi rumah yang memiliki banyak kereta bukan hanya mereka yang tinggal di perumahan privet. Terdapat bahagian berbeza yang tinggal di perumahan awam.



"Kita perlu mempunyai dasar yang berdasarkan data dan corak," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >