Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

129 pelajar, 17 kakitangan sekolah positif Covid -19 dalam 3 bulan lalu: Chan Chun Sing

Jul 30, 2021 | 06:10 PM



DALAM masa tiga bulan kebelakangan, 129 pelajar dan 17 kakitangan sekolah telah disahkan positif Covid -19.


Ini sekitar 0.03 peratus daripada jumlah pelajar dari peringkat sekolah rendah hingga pra-universiti, kata Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing,  dalam satu kiriman di Facebook pada Jumaat (30 Julai).


Namun beliau memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa sekolah kekal menjadi tempat yang selamat untuk belajar.


"Sebagai seorang bapa, saya ingin memberi jaminan kepada ibu bapa lain bahawa sekolah-sekolah kita kekal sebagai tempat selamat untuk belajar," tulisnya.


"Kami telah melaksanakan Langkah Pengurusan Selamat (SMM) Ketat untuk mengurangkan risiko penularan. Langkah pemantauan diletakkan untuk mengesan kes potensi positif Covid-19 secepat mungkin, dan kami menggunakan langkah-langkah pengasingan  seperti cuti ketidakhadiran (LOA) Kementerian Pendidikan (MOE) untuk memastikan kes potensi tidak masuk ke sekolah. "


Encik Chan berkata demikian berikutan pembentukan kelompok baru yang berkait dengan pekerja pembersihan di Sekolah Rendah Punggol yang dikenal pasti pada Selasa.


Kelompok itu mempunyai 12 kes pada Khamis, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).


Encik Chan menambah, walaupun Singapura tidak mungkin melihat tiada kes masyarakat dalam jangka pendek, dan vaksinasi untuk kanak-kanak lebih muda tidak ada buat masa ini, Encik Chan berkata peralihan penuh ke pembelajaran di rumah (HBL) bukanlah sesuatu yang akan dilaksanakan, kecuali jika diperlukan.


Beliau berkata: "Berdasarkan sains kini dan apa yang kami faham tentang virus ini, MOE akan terus menerapkan pendekatan yang disasarkan untuk menangani kes Covid-19 di sekolah."


"Ini bermakna apabila kita mempunyai sebuah kes sekolah, kami akan mengasingkan orang-orang yang mempunyai kontak rapat dengan kes positif itu melalui LOA atau Perintah Kuarantin. "


Dalam kes-kes di mana situasinya tidak jelas, MOE boleh meletakkan seluruh sekolah di bawah HBL untuk memutuskan sebarang potensi penularan serta memberi masa kepada MOH untuk menguji dan menyiasat secara menyeluruh sebelum membuka semula sekolah itu, kata Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >