Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

13,000 ibu bapa akan terima Geran Bantuan Bayi $3,000 jelang Julai

Jun 21, 2023 | 06:00 PM



Sekitar 13,000 ibu bapa layak akan menerima Geran Bantuan Bayi (BSG) berjumlah $3,000 menjelang Julai, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Kewangan merangkap Pembangunan Negara), Cik Indranee Rajah, pada Rabu.

Geran itu diperkenal semasa Covid-19 sebagai langkah sokongan sementara bagi ibu bapa, melebihi Hadiah Tunai Bonus Bayi, untuk menggalak pasangan mempunyai anak.

Skim itu dilaksana dari 1 Oktober 2020 hingga 30 September 2022 pada awalnya sebelum diperluas kepada pasangan yang mempunyai anak antara 1 Oktober 2022 dengan 13 Februari 2023.

“Kami sedang menyusun sistem IT untuk mengaturkan agar bayaran dapat dibuat kepada ibu bapa lebih awal,” kata Cik Indranee dalam catatat di laman media sosialnya.  

Beliau menambah bahawa ibu bapa layak akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Sebagai sebahagian daripada pakej langkah baru yang diumumkan semasa Belanjawan 2023, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, berkata pasangan suami isteri yang mempunyai bayi warga Singapura yang lahir pada atau selepas 14 Februari  2023 akan mendapat $3,000 lagi dalam bentuk Hadiah Tunai Bonus Bayi yang dipertingkat.

Ini bermakna anak pertama dan kedua yang layak akan menerima $11,000, berbanding $8,000 sebelum ini.

Anak ketiga dan seterusnya akan menerima $13,000, berbanding $10,000 sebelum ini.

Jumlah itu juga akan diagih sepanjang tempoh lebih lama, hingga anak itu mencapai usia enam setengah tahun.

Sekarang, Hadiah Tunai Bonus Bayi diagih lima kali sepanjang 18 bulan pertama anak itu, untuk membiayai kos membesarkan anak semasa usia bayi.

Hadiah Tunai Bonus Bayi yang dipertingkat itu akan diagih mulai awal 2024.

Kadar Kesuburan Keseluruhan (TFR) Singapura mencecah paras terendah dalam sejarah, iaitu 1.04 pada 2022, antara lain disebabkan lebih ramai orang menangguhkan rancangan berkahwin dan menjadi ibu bapa.

Ia jatuh lebih rendah daripada rekod terendah sebelum ini, iaitu 1.1 pada 2020 dan 1.12 pada 2021.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >