Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

¼ pelajar madrasah jadi asatizah

Mar 11, 2022 | 5:30 AM
DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN
DATUK SERI HAMZAH ZAINUDIN -

SEKITAR seperempat pelajar yang memulakan pendidikan di madrasah lulus daripada laluan ukhrawi, dan menjadi asatizah.

Berdasarkan Kajian Perancangan Tenaga Kerja Asatizah, ini hampir memadai, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam.

"Sememangnya, kita harus berbangga kerana para pelajar madrasah sekarang tidak menghadapi masalah untuk beralih ke jurusan sekular.

"Namun, perlu juga kita titikberatkan di sini bahawa tujuan utama pendidikan madrasah setempat adalah untuk melahirkan asatizah baru yang bakal membimbing masyarakat Islam Singapura dan memperkembangkan sektor keagamaan kita, di samping menyumbang kepada jurusan umum, jika mereka pilih untuk lakukan sedemikian," kata Encik Masagos.

Beliau berkata sedemikian untuk menjawab soalan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab, yang bertanya tentang kadar pengekalan pelajar dalam sistem madrasah.

Setiap tahun, madrasah secara keseluruhan menerima sekitar 380 pelajar di peringkat darjah satu, kata Encik Masagos.

Dalam setiap kohort, sekitar 50 pelajar sertai sekolah nasional, sama ada dalam tempoh enam tahun pendidikan sekolah rendah, ataupun selepas Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE).

Dalam kalangan mereka yang kekal dalam madrasah, sekitar separuh akan melanjutkan pendidikan posmenengah di institusi-institusi sekular.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg