Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

1.4kg heroin dirampas, suspek pengedar dan 3 rakan ditangkap

May 25, 2016 | 2:01 PM
CNB merampas heroin seberat kira-kira 1.4kg dan bernilai lebih $99,000 dalam operasi di Yishun.
CNB merampas heroin seberat kira-kira 1.4kg dan bernilai lebih $99,000 dalam operasi di Yishun. - CNB

KIRA-KIRA 1.4 kilogram heroin bernilai lebih $99,000 dirampas dan suspek pengedar dadah ditangkap, umum Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Rabu (25 Mei).

Menurut CNB, ia mengerahkan pegawainya berhampiran Yishun Avenue 6 pada Selasa (24 Mei) untuk memerhatikan suspek, seorang lelaki warga Singapura berusia 46 tahun.

Dia dilihat bertemu suspek rakan dadahnya - seorang lelaki warga Singapura berusia 63 tahun dan dua lelaki Malaysia berumur 22 dan 24 tahun - di kolong sebuah blok flat di kawasan itu.

Selepas mereka beredar secara berasingan, pegawai CNB dengan pantas bergerak dan menahan keempat-empatnya.

Heroin tersebut ditemui di dalam haversack yang dibawa suspek pengedar dadah itu. Wang tunai lebih $30,000 turut dirampas semasa operasi tersebut. Siasatan sedang berjalan.

Mereka yang didapati bersalah mengedar lebih 15g diamorphine (atau heroin tulen) menghadapi hukuman mati.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg