UNIVERSITI Teknologi Nanyang (NTU) mempunyai 19 bidang subjek dalam kalangan 50 terbaik di dunia dalam Senarai Universiti Terbaik Quacquarelli Symonds (QS) Mengikut Subjek yang diumumkan hari ini.
Bidang kejuruteraan NTU merupakan penyumbang utama kepada ranking lebih baik universiti itu, dengan Sains Bahan mencapai kedudukannya yang tertinggi sejauh ini di tempat keenam di peringkat global, meningkat daripada tempat kelapan tahun lepas.