Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1,900 flat BTO bakal dilancar di Choa Chu Kang, masa tunggu lebih singkat

Dua projek terdiri dari 12 blok kediaman, mengintegrasikan kehijauan serta ruang sosial
Oct 01, 2023 | 01:20 PM



Sekitar 1,900 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) akan dilancarkan di Choa Chu Kang pada awal Oktober, dan pembeli boleh menjangkakan masa menunggu yang lebih singkat antara tiga tahun tiga bulan dengan empat tahun.

Terletak di sepanjang Woodlands Road dan Sungei Pang Sua, flat BTO baru itu akan dibina dalam dua projek – Rail Green I @ CCK dan Rail Green II @ CCK – dan terdiri daripada 12 blok kediaman setinggi 13 hingga 31 tingkat.

Kedua-dua projek BTO itu akan menawarkan pelbagai pilihan saiz flat termasuk flat lima bilik dan 3Gen (yang direka khas bagi kehidupan melibatkan pelbagai generasi), dan mengintegrasikan kehijauan serta ruang sosial dari Linear Green dan Koridor Rel, lantas memberikan peluang kepada penduduk untuk tinggal berdekatan dengan alam semula jadi.

“Unit kediaman akan diorientasikan untuk mengoptimumkan pemandangan panoramik ke arah Longkang Pang Sua dan Linear Green sebanyak mungkin untuk penduduk menikmati kehidupan hijau. Taman bumbung di tempat letak kereta bertingkat akan membolehkan penduduk menikmati kehijauan di depan pintu mereka.

“Dengan Koridor Rel dijadual berada sepanjang dan melalui projek BTO, blok di sepanjang Koridor itu akan diorientasikan supaya terdapat ruang kegiatan sosial, serta sudut kecergasan dan tempat teduh yang menyediakan peluang untuk masyarakat berinteraksi,” kata Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.

Bagi menyediakan kemudahan kepada penduduk, projek BTO akan dilengkapi dengan kemudahan komersial baru seperti tempat makan dan pasar raya. Sebuah prasekolah dan pusat Rangkaian Penduduk (RN) juga akan disediakan.

Pembeli juga akan mendapat manfaat daripada kemudahan berdekatan seperti stesen MRT Bukit Panjang, pusat beli-belah Junction 10 dan poliklinik Bukit Panjang.

Sekolah berdekatan termasuk Sekolah Rendah West View, Sekolah Rendah Teck Whye, Sekolah Menengah Chua Chu Kang, Maktab Rendah Jurong Pioneer dan Kolej ITE West.

Bagi mereka yang berminat untuk membeli, HDB telah menasihatkan untuk mengelak daripada tergesa-gesa memohon flat pada waktu sibuk seperti dua hari pertama pelancaran jualan dan memastikan mereka mempunyai surat Kelayakan Flat HDB (HFE) yang sah sebelum mereka memohon flat BTO.

Seperti yang diumumkan semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) Kementerian Pembangunan Negara (MND), lebih banyak sokongan akan diberikan kepada keluarga kali pertama untuk memiliki flat dan menetap dengan lebih cepat, sambil mengetatkan peraturan untuk pembeli yang gagal memilih flat mereka setelah mendapat giliran.

Pemohon kali pertama yang baru di bawah kategori ibu bapa dan pasangan yang sudah berkahwin, akan menerima peluang undi tambahan, dan menikmati keutamaan yang lebih tinggi di bawah Skim Keutamaan Keluarga dan Keibubapaan (FPPS).

Pembeli kali pertama, termasuk bujang, yang gagal memilih flat mereka akan dianggap pemohon kedua selama setahun dalam undi komputer, dan perlu menunggu setahun sebelum mereka boleh memohon untuk flat baru.

Sementara itu HDB telah menjalankan beberapa perbincangan dengan pelbagai kumpulan berkepentingan, termasuk Kumpulan Alam Semula Jadi dan Kumpulan Warisan mengenai rancangan pembangunan kawasan tersebut, dari 2020 hingga 2022 dengan sokongan daripada Lembaga Taman Negara (NParks) dan Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >