Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

2 bangkai kapal dipercayai dari abad ke-14 ditemui di perairan S'pura

NHB telah tugaskan unit arkeologi Iseas-Institut Yusof Ishak agar tinjau, siasat dan gali sisa objek di lokasi
Jun 17, 2021 | 05:30 AM



DUA bangkai kapal bersejarah - kemungkinan dari zaman abad ke-14 - telah ditemui di wilayah perairan Singapura di sekitaran kawasan Pedra Branca.



Ini adalah kali pertama dan suatu perkembangan yang penting bagi warisan maritim Singapura, kata Lembaga Warisan Nasional (NHB) semalam.



Beberapa seramik China ditemui secara tidak sengaja pada 2015 dalam satu operasi maritim, 100 meter barat laut dari Pedra Branca oleh dua penyelam komersial, membawa kepada penemuan bangkai kapal bersejarah yang pertama.



Menyusuli penemuan itu, NHB telah menugaskan unit arkeologi Iseas-Institut Yusof Ishak untuk meninjau, menyiasat dan menggali sisa-sisa objek di lokasi tersebut dengan berhati-hati untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai penemuan mereka.



Bangkai kapal pertama mengandungi seramik China yang mungkin berasal dari abad ke-14. Ketika itu, Singapura masih dikenali sebagai Temasek.



Penemuan di kapal itu serupa dengan penemuan daripada penggalian arkeologi Empress Place yang dilakukan pada 2015 dan juga ekskavasi lama di Taman Fort Canning.



Penggalian bangkai kapal pertama bermula sejak 2016 hingga 2019 dan dengan tinjauan lanjut oleh Iseas, mereka menemui bangkai kapal yang kedua, 300 meter timur dari Pedra Branca.



Menerusi kajian itu, bangkai kapal kedua itu kemungkinan merupakan Shah Munchah, kapal dagang yang dibina di India, namun karam ketika perjalanan kembali ke India dari China pada 1796.



Artifak yang ditemui di kapal itu merangkumi pelbagai jenis seramik China serta artifak diperbuat daripada aloi, kaca, tembaga dan juga penemuan empat sauh dan sembilan meriam.



Meriam seperti itu biasanya dipasang di kapal dagang yang digunakan oleh East India Company pada abad ke-18 dan awal abad ke-19 untuk pertahanan dan juga untuk memberi isyarat.



Siri penggalian bangkai kapal kedua dijalankan dari 2019 hingga pertengahan 2021.



Dua bangkai kapal bersejarah yang ditemui dan didokumentasi itu menyumbang kepada pemahaman sejarah maritim di Singapura sebelum abad ke-19.



Menurut pengarah NHB Kajian Warisan dan Penilaian Encik Yeo Kirk Siang, beliau berkata penemuan ini sangat penting bagi Singapura.



"Kedua bangkai kapal penuh dengan sejarah dan ia boleh mendedahkan dan memperkayakan pemahaman yang lebih mendalam mengenai sejarah Singapura. Salah satu kapal itu dijejak dari abad ke-14 dan ini sebelum Singapura ditemui pada 1819," ujar beliau.



Zamil pelawat dengan Unit Arkeologi dan Pengarah Projek Arkeologi Maritim di Iseas, Dr Michael Flecker, berkata:



"Kapal karam pertama yang ditemui di (wilayah) perairan Singapura nampaknya sezaman dengan Temasek iaitu abad ke-14. Ia membawa lebih banyak porselin dari dinasti Yuan, berwarna biru-putih, berbanding dengan kapal karam yang lain di dunia.



"Sekiranya kapal itu bertahan 23 tahun lagi, ia pasti akan berlabuh di pelabuhan Singapura yang telah dibina semula. Kargonya yang luas memberikan wawasan yang besar mengenai jenis barang yang akan didagang dan dibeli oleh penduduk baru di kota yang baru ini."



Setelah selesai penggalian, artifak itu akan diselidik dan dipulihara.



Artifak yang ditemui daripada penggalian arkeologi maritim disimpan di kemudahan yang selamat, dikendalikan oleh NHB dan Iseas.



Selepas penyahgaraman, mereka harus dibersihkan, dipelihara dan dikategorikan dengan teliti.



NHB merancang untuk mempamerkan penemuan ini di muzium mereka pada hujung tahun ini ataupun pada awal tahun 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >