Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 warga S'pura diberkas, lebih 3,400 karton rokok haram dirampas

Jan 14, 2023 | 5:30 AM
DIBERKAS: Seorang wanita berusia 28 tahun telah ditahan setelah pegawai Kastam memeriksa van yang dipandunya dan menemui 1,070 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam kenderaan itu. - Foto KASTAM SINGAPURA
DIBERKAS: Seorang wanita berusia 28 tahun telah ditahan setelah pegawai Kastam memeriksa van yang dipandunya dan menemui 1,070 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam kenderaan itu. - Foto KASTAM SINGAPURA -

DUA warga Singapura diberkas dengan lebih 3,400 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi pada Selasa dan Rabu lalu, kata Kastam Singapura semalam.

Jumlah duti yang tidak dibayar adalah lebih $360,000, manakala cukai barangan dan perkhidmatan yang tidak dibayar adalah melebihi $32,000.

Salah seorang suspek, seorang wanita berusia 28 tahun, telah diberkas pegawai Kastam di satu bangunan perindustrian di Hillview Terrace pada Selasa lalu.

Pegawai telah memeriksa van yang dipandunya dan menemui 1,070 karton rokok tidak dibayar cukai di dalam kenderaan itu.

Wanita itu segera ditangkap.

Pemeriksaan lanjut ke atas sebuah unit di bangunan sama telah membantu pihak Kastam menemui 2,428 karton seludup lagi.

Keesokan harinya, pegawai menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang didakwa menggunakan trak untuk menghantar rokok yang tidak dibayar cukai ke bangunan perindustrian itu.

Kenderaan itu telah dirampas dalam operasi tersebut. Siasatan sedang dijalankan.

Adalah menjadi satu kesalahan untuk membeli, menjual, menyampaikan, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai, kata Kastam Singapura.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah duti dan GST yang dielakkan, dipenjara sehingga enam tahun, atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan yang digunakan dalam kesalahan tersebut juga boleh disita.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai aktiviti penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian segera Kastam Singapura di 1800-233-0000 atau e-mel customs_intelligence@customs.gov.sg.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg