Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

20 saranan bagi atasi isu belia termasuk salah guna dadah, seksual

Faishal: Pendekatan keseluruhan masyarakat diperlukan bagi tangani isu 
Sep 28, 2023 | 05:30 AM



Memecahkan kitaran kesalahan antara generasi, dan mencegah penyalahgunaan dadah dan kesalahan seksual adalah tiga bidang di mana sokongan bagi belia amat diperlukan.

Justeru, Jawatankuasa Nasional bagi Pencegahan, Pemulihan dan Kesalahan Berulang (NCPR) telah mendedahkan 20 saranan di simposium ‘Perbincangan Mengenai Belia 2023’ untuk menangani isu-isu tersebut.

Simposium dwitahunan itu diadakan di Hotel Farrer One pada Rabu dan disertai Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim; dan Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Encik Eric Chua. Mereka merupakan pengerusi bersama NCPR.

Dr Faishal berkata pendekatan keseluruhan masyarakat diperlukan untuk menangani isu seperti penyalahgunaan dadah dan kesalahan seksual.

“Sebagai sebuah masyarakat, kita perlu mencegah kesalahan jenayah dan memulihkan bekas pesalah dan membantu mereka mengintegrasi semula dalam masyarakat dari segi memberi peluang kepada setiap individu untuk mencapai potensi mereka dan menyumbang kembali kepada masyarakat,” ujar Dr Faishal kepada pihak media.

Ketika berucap di simposium itu, Encik Chua berkata purata bilangan pesalah belia adalah sekitar 2,500 setahun, dan jumlah tahanan pada 2022 – lebih sedikit daripada 2,000 – adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun lepas.

Tetapi di sebalik penurunan dalam jumlah ini, adalah penting untuk memahami faktor persekitaran yang mendasari kesalahan belia, tambah Encik Chua.

Mengulas tentang antara perkara yang menyebabkan peningkatan risiko pendedahan belia, Encik Chua berkata:

“Belia mendapati diri mereka berada dalam persekitaran yang lebih kompleks dan dinamik hari ini kerana mereka lebih terdedah kepada dunia digital.

“Ini membolehkan mereka mengakses maklumat dengan mudah, kekal berhubung, dan belajar dalam talian.”

“Bagaimanapun, terdapat peningkatan risiko pendedahan belia kepada maklumat salah dan pengaruh negatif, yang seterusnya boleh membawa kepada peningkatan kesalahan belia.”

Simposium tersebut bertujuan mendedahkan dan membincangkan saranan yang dikemukakan oleh pasukan NCPR untuk meningkatkan pencegahan kesalahan dan kesalahan semula di kalangan belia.

Antara saranan bagi mencegah penyalahgunaan dadah, NCPR berkata adalah penting untuk memanfaatkan lebih banyak wadah pemerintah dan memperkasa usaha pendidikan awam tentang bahaya dan tindakan menyalahi undang-undang dadah dan rokok elektronik, atau ‘vape’.

Selaras dengan itu, Timbalan Pengarah Biro Narkotik Pusat, Encik Sng Chern Hong, yang juga ketua untuk projek NCPR bagi mencegah penyalahgunaan dadah, menyarankan untuk meningkatkan Pendidikan Pencegahan Dadah (PDE) di sekolah dan menginstitusikan program PDE.

Di samping itu, bagi memutuskan kitaran kesalahan antara generasi, NCPR menyarankan mengembangkan dan meningkatkan penyelarasan titik sentuh sokongan yang sedia untuk menyediakan liputan yang lebih komprehensif dan sokongan tepat pada masanya untuk keluarga pesalah.

Ini kerana walaupun perkhidmatan sokongan wujud, pesalah dan keluarga mereka mungkin tidak mengetahui cara sepenuhnya untuk mendapatkan bantuan, kata Pengarah (Bahagian Pemulihan dan Penyepaduan Semula) Perkhidmatan Penjara Singapura, Penolong Pesuruhjaya Caroline Lim, yang juga ketua untuk projek NCPR bagi memutuskan kitaran kesalahan antara generasi.

Mengulas tentang memutuskan kitaran kesalahan antara generasi, Dr Faishal berkata: “Kita boleh melakukan ini dengan memberikan sokongan kepada keluarga pesalah pada masa mereka memerlukan.

“Kita juga telah mempelajari bahawa sebilangan besar daripada belia kita pegang pada pendapat yang permisif terhadap dadah, lebih-lebih lagi ganja.

“Dengan itu, kita sedang bekerja rapat dengan rakan kongsi untuk meningkatkan kesedaran atas kemudaratan dan haramnya dadah.”

Antara saranan dikemukakan NCPR untuk mencegah kesalahan seksual dalam kalangan belia adalah untuk memperkasakan belia melalui pendidikan pencegahan awal tentang faktor-faktor yang menyumbang kepada jenayah seksual.

Justeru, Ketua Psikologi Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Dr Majeed Khader, yang juga ketua untuk projek NCPR, berkata MHA, dengan sokongan Kementerian Pendidikan (MOE) dan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), akan membangunkan panduan dan kelakuan amalan latihan untuk kaunselor sekolah tentang pornografi.

Ini supaya keupayaan sekolah boleh ditingkatkan untuk menguruskan kebimbangan pornografi yang berkaitan dengan belia.

Saranan NCPR yang dikemukakan kepada pemerintah telah diterima dan sedang dilaksanakan oleh pelbagai agensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >