Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

23 pelancong ditangkap kerana gagal isytihar wang tunai, bayar cukai

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



SEORANG warga asing berusia 46 tahun didapati memiliki mata wang Singapura dan asing yang tidak diisytiharkan berjumlah $31,023.



Lelaki itu merupakan antara 23 pelancong yang tiba di Lapangan Terbang Changi pada Rabu dan ditangkap kerana gagal mengisytiharkan wang tunai lebih daripada $20,000, atau gagal membayar cukai ke atas rokok, minuman keras dan barangan lain.



Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Polis, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Kastam Singapura semalam, pelancong itu ditangkap selepas operasi tujuh jam di Terminal 1 dan 3.



Agensi-agensi itu menambah bahawa mereka akan terus menjalankan lebih banyak operasi dengan sekatan sempadan dilonggarkan.



"Semua pelancong diingatkan bahawa pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur dengan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang kerana kita berusaha untuk melindungi sempadan darat, udara dan laut daripada jenayah dan ancaman keselamatan, termasuk aktiviti penyeludupan dan ketidakpatuhan peraturan kita," kata agensi-agensi itu.



Daripada 23 pelancong yang ditahan, ia termasuk seorang warga asing berusia 57 tahun yang gagal mengisytiharkan mata wang Singapura dan mata wang asing yang berjumlah $25,000.



21 lagi orang tidak membuat pengisytiharan dan pembayaran cukai.



Ini bagi barangan seperti rokok atau produk tembakau dan minuman keras melebihi elaun bebas cukai mereka, serta barangan, cenderahati, hadiah dan barangan makanan melebihi jumlah pelepasan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).



Agensi-agensi itu mengingatkan orang ramai bahawa mereka dikehendaki mengisytiharkan sebarang pergerakan fizikal seperti mata wang atau barangan yang boleh digunakan untuk perniagaan. Ini termasuk cek, kiriman wang dan pembawa bon, ke dalam atau keluar dari Singapura jika jumlah nilai melebihi $20,000, atau yang sama nilai dengannya dalam mata wang asing.



Mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan denda sehingga $50,000, penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.



Mereka yang didapati bersalah mengelak membayar cukai kastam atau cukai eksais boleh didenda sehingga 20 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielakkan.



Pelancong atau warga Singapura yang kembali digalakkan membuat pengisytiharan awal dan pembayaran untuk barangan mereka yang boleh dikenakan cukai atau GST sehingga tiga hari sebelum mereka tiba di sini di laman web https://www.customs.gov.sg/eservices/customs-sg-web-application/.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >