Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

250 famili di Marsiling dapat pek buka puasa

Sebahagian kempen suntik keceriaan Ramadan, ringankan beban golong susah
Apr 30, 2022 | 5:30 AM
BERAMAH-TAMAH: Encik Zaqy Mohamad beramah-tamah bersama penerima pek juadah buka puasa Ramadan Food Drive. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA
BERAMAH-TAMAH: Encik Zaqy Mohamad beramah-tamah bersama penerima pek juadah buka puasa Ramadan Food Drive. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA -

LEBIH 250 keluarga berpendapatan rendah di Marsiling menerima pek juadah buka puasa yang diagihkan dalam satu acara amal semalam.

Acara tersebut, yang merupakan sebahagian daripada kempen Ramadan Food Drive anjuran Union Gas Holdings Limited dengan kerjasama Eastern Wok, bertujuan menyuntik keceriaan dan meringankan perbelanjaan golongan tersebut.

Agihan yang diadakan di padang di sebelah Blok 123 Marsiling Rise itu menyimpulkan kempen tiga hari yang diadakan di Kaki Bukit, Woodgrove dan Marsiling sejak 26 April.

Secara keseluruhan, lebih 1,000 penduduk meraih manfaat daripada kempen amal itu.

Agihan di Marsiling semalam dihadiri tetamu terhormat Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.

Mengulas tentang kempen itu, Encik Zaqy berkata usaha tersebut diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada penerima.

Pada masa sama acara seperti itu boleh mendedahkan penduduk kepada program lain yang boleh dimanfaatkan, tambahnya.

"Saya cukup berbesar hati melihat usaha yang telah dijalankan rakan kongsi masyarakat untuk menghulurkan bantuan, dan penduduk juga cukup menghargai usaha itu.

"Acara ini juga satu cara bagi kami mendekati penduduk untuk turut serta dalam program-program dan skim lain. Ini penting dalam usaha membantu masyarakat," kata Encik Zaqy, yang juga Anggota Parlimen Marsiling (GRC Marsiling-Yew Tee).

Sebanyak 500 pek juadah diagih kepada penduduk Marsiling semalam, dengan setiap keluarga menerima dua bento dan pek kurma.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Union Gas, Encik Teo Woo Yang, berkata in tahun pertama acara sebegini ditujukan pada masyarakat Melayu/Islam.

"Kami teruja dapat menjalankan acara ini bagi masyarakat Melayu/Islam tahun ini. Kempen ini ikhlas dari hati kami untuk membantu mereka yang memerlukan. Kami berharap dengan acara ini, kami sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk," ujarnya.

Seorang penduduk kawasan itu, Cik Hashima Hassan, 60 tahun, berkata usaha tersebut dapat meringankan sedikit beban keluarganya, terutama sekali dalam pandemik ini.

"Acara seperti ini menunjukkan keprihatinan dan juga dapat suntikan sedikit semangat Hari Raya," katanya.

Dua agihan berasingan diadakan sebelum itu. Sesi di Woodgrove kelmarin dihadiri tetamu terhormat AP GRC Marsiling-Yew Tee, Cik Hany Soh, manakala sesi di Kaki Bukit pada 26 April dihadiri penasihat akar umbi GRC Aljunied, Encik Shamsul Kamar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg