Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

297,000 pelajar terima dos vaksin pertama sebelum sekolah dibuka Isnin

Calon PSLE, GCE guna pelitup semasa peperiksaan lisan; sebahagian topik digugurkan dari penilaian PSLE; CCA fizikal disambung mulai 12 Julai
Jun 24, 2021 | 05:30 AM



SEKITAR 297,000 pelajar akan menerima dos vaksin Covid-19 pertama sebelum sekolah dibuka semula Isnin ini.



Ini berdasarkan lebih 310,000 pelajar yang telah membuat janji temu vaksinasi sejak 1 Jun lalu, kata Kementerian Pendidikan (MOE) dan Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dalam kenyataannya semalam.



Bilangan pelajar itu adalah sekitar 90 peratus daripada pelajar yang layak mendapatkan vaksinasi.



Dalam kenyataan itu, MOE dan SEAB juga berkata semua calon dan pemeriksa bagi Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan GCE perlu memakai pelitup pembedahan sewaktu peperiksaan lisan untuk mengehadkan risiko jangkitan Covid-19, antara beberapa langkah pengurusan selamat dipertingkat yang bakal dilaksana menyusuli pengesanan varian koronavirus yang lebih mudah berjangkit di sini.



"Oleh kerana ekspresi wajah tidak akan diambil kira bagi penilaian itu, calon tidak akan berada dalam keadaan merugikan apabila mereka memakai pelitup pembedahan sewaktu peperiksaan lisan," kata MOE dan SEAB yang menambah bahawa mereka telah mempertimbang beberapa proses untuk memastikan kedua-dua pemeriksa dan calon boleh mendengar satu sama lain dengan jelas.



Pelajar yang dijangkiti Covid-19, diminta mengasingkan diri melalui notis jangan keluar rumah (SHN) atau perintah kuarantin, diberi cuti sakit kerana penyakit pernafasan, antara lain tidak akan dibenarkan menduduki peperiksaan lisan dan kefahaman mendengar PSLE dan GCE.



Di samping itu, MOE dan SEAB akan mengecualikan dari PSLE topik terakhir biasa atau 'Common Last Topics' - iaitu kumpulan topik yang telah dipilih lebih awal oleh MOE untuk digugurkan jika waktu pembelajaran bagi topik-topik itu dianggap tidak memadai.



Ini memandangkan pelajar Darjah 6 mungkin menghadapi gangguan tambahan kepada pembelajaran mereka berbanding pelajar lain yang akan tamat sekolah kerana sebahagian besar mereka masih tidak layak untuk vaksinasi Covid-19 disebabkan usia mereka, kata MOE dan SEAB.



"Langkah ini bertujuan menyokong kesejahteraan pelajar Darjah 6 kita, yang juga perlu membiasakan diri mereka dengan sistem penskoran Peringkat Pencapaian PSLE yang baru," ujarnya.



Peperiksaan peringkat GCE tahun ini tidak akan terjejas, dengan lebih 90 peratus daripada pelajar lebih berusia ini dijangka menerima kedua-dua vaksin menjelang bulan Ogos.



Bagi sekolah menengah, maktab rendah dan Institut Millennia, MOE berkata Kegiatan Kokurikulum (CCA) secara fizikal akan di sambung semula mulai 12 Julai iaitu minggu ketiga Penggal 3 dan bukan pada minggu kedua seperti yang diumumkan sebelum ini.



Bagi sekolah rendah pula, CCA secara fizikal akan sambung semula pada minggu kelima.



Mengulas mengenai langkah-langkah baru ini, Menteri Pendidikan Chan Chun Sing berkata kebajikan dan keselamatan pelajar kekal sebagai keutamaan tertinggi MOE sedang sekolah dibuka semula secara bertahap.



Ini dilakukan menyusuli perundingan bersama pemimpin sekolah dan pakar pendidikan.



"Kami berharap langkah-langkah ini akan memberi pelajar kami dan ibu bapa mereka lebih ketenangan minda," ujar Encik Chan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >