3 dalam 4 ketua perniagaan dapati sukar untuk isi kerja kosong, tapi hanya separuh hantar pekerja untuk latihan: Laporan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

3 dalam 4 ketua perniagaan dapati sukar untuk isi kerja kosong, tapi hanya separuh hantar pekerja untuk latihan: Laporan

Dec 23, 2021 | 11:25 PM

3 dalam 4 ketua perniagaan dapati sukar untuk isi kerja kosong, tapi hanya separuh hantar pekerja untuk latihan: Laporan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kos kewangan adalah cabaran utama yang dihadapi oleh ketua perniagaan yang ingin menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan (38 peratus), diikuti dengan kesukaran mengenal pasti kursus yang berkaitan (37 peratus), dan memadankan pekerja dengan latihan (33 peratus).
Kos kewangan adalah cabaran utama yang dihadapi oleh ketua perniagaan yang ingin menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan (38 peratus), diikuti dengan kesukaran mengenal pasti kursus yang berkaitan (37 peratus), dan memadankan pekerja dengan latihan (33 peratus). - Foto Fail ST

HANYA separuh daripada ketua perniagaan yang ditinjau berkata mereka telah menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan dalam masa enam bulan lalu, menurut laporan kajian buruh yang dikeluarkan oleh Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) dan NTUC LearningHub pada Rabu (22 Dis). Ini walaupun 78 peratus ketua perniagaan dalam kajian itu melaporkan kesukaran untuk mengisi kerja kosong di syarikat mereka. Pada 15 Disember, Kementerian Tenaga Manusia (MOM) melaporkan rekod tertinggi 98,700 jawatan kosong di Singapura disebabkan oleh sekatan sempadan dan permintaan tenaga kerja dalam sektor berkembang. Kajian itu melibatkan 564 ketua perniagaan merentas industri berbeza di Singapura, seperti pembuatan, maklumat dan komunikasi, perkhidmatan insurans dan kewangan serta perdagangan borong dan runcit. Kos kewangan adalah cabaran utama yang dihadapi oleh ketua perniagaan yang ingin menghantar pekerja mereka untuk menjalani latihan (38 peratus), diikuti dengan kesukaran mengenal pasti kursus yang berkaitan (37 peratus), dan memadankan pekerja dengan latihan (33 peratus). Bagi menggalak mereka menghantar pekerja mereka menjalani latihan, ketua perniagaan berkata pemberian subsidi latihan yang lebih tinggi dan perkhidmatan perundingan perniagaan akan menjadi dorongan, kata laporan itu. Tiga dalam empat ketua perniagaan yang ditinjau berkata mereka telah mengambil bahagian dalam inisiatif berkaitan latihan oleh pemerintah, atau pergerakan buruh. Walaubagaimanapun, penggunaan keseluruhan inisiatif kekal rendah pada purata 14 peratus. Tinjauan itu juga mendedahkan bahawa syarikat kesatuan lebih cenderung untuk melabur dalam latihan untuk pekerja mereka.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg