Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 dihantar ke hospital selepas ruang tamu flat di Sengkang terbakar

May 19, 2023 | 05:30 AM



TIGA orang dihantar ke hospital menyusuli kebakaran di sebuah flat Sengkang pada Khamis pagi.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata bahawa ia dimaklumkan tentang kebakaran berlaku di tingkat empat Blok 443C Fernvale Road, pada 6.20 pagi.



Tiga penduduk dari flat tersebut telah diselamatkan anggota bomba dan dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) akibat menyedut asap.



Tiga lagi penduduk dari flat bersebelahan dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga.



Sebelum ketibaan SCDF, sekitar 50 penduduk blok tersebut telah memindahkan diri sendiri.



Kebakaran yang melibatkan barang-barang di ruang tamu itu berjaya dipadamkan menggunakan jet air.



"Siasatan preliminari menunjukkan bahawa kebakaran mungkin berpunca daripada pek bateri alat mobiliti peribadi (PMD) yang sedang dicas di ruang tamu," kata SCDF.



SCDF mengingatkan orang awam untuk mengambil langkah pencegahan kebakaran PMD seperti tidak meninggalkan peranti pengecas tanpa pengawasan untuk tempoh masa yang panjang atau semalaman, dan tidak membeli atau menggunakan bateri bukan asli.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >