Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 guru, 4 sekolah diiktiraf bagi sumbangan dalam pendidikan khas

Oct 31, 2016 | 02:24 PM



TIGA guru dan empat sekolah Pendidikan Khas (Sped) diiktiraf bagi sumbangan cemerlang mereka dalam mendidik pelajar berkeperluan khas, menurut satu kenyataan akhbar bersama Kementerian Pendidikan (MOE) dan dan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS) pada Isnin (31 Okt).

Ini tahun kelapan bahawa anugerah itu diberi.

Tiga daripada 156 guru yang dicalonkan menerima Anugerah MOE-NCSS Sped Cemerlang (Osta). Mereka ialah Cik Tay Wan Ting daripada APSN Katong School, Cik Noriytah Sani daripada Sekolah AWWA dan Cik Esther Kwan Huey Chien daripada Sekolah Orchard Grace.

Pemenang Osta dipilih oleh panel yang terdiri daripada wakil daripada MOE, NCSS dan rakan kongsi dalam pendidikan khas, ujar kenyataan itu.

Empat daripada 16 sekolah yang dicalonkan menerima Anugerah Inovasi MOE-NCSS yang mengiktiraf inovasi mereka untuk meningkatkan pembelajaran pelajar.

Penerimanya ialah Sekolah Senior Delta APSN, Sekolah Eden, Sekolah Metta dan Pusat Rainbow-Sekolah Yishun Park.

Projek-projek yang dicalonkan menunjukkan penggunaan inovatif dan kreatif strategi dan sumber pengajaran serta pembelajaran dalam melibatkan pelajar dalam pembelajaran mereka.

Dua guru Sped akan juga menerima Biasiswa Sarjana Pendidikan Khas MOE 2016 dan melanjutkan pendidikan Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas) di Institut Pendidikan Nasional (NIE), kata MOR dalam satu lagi siaran media pada Isnin (31 Okt).

Mereka ialah Cik Noraisha Mohamed daripada Sekolah AWWA dan Cik Nur Faezah Abdul Rahman daripada Sekolah Gabungan Palsi Serebrum Singapura.

Penerima biasiswa itu akan diakui dalam persidangan dwitahunan SPED pada Jumaat (4 Nov).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >