Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

3 maut dalam kebakaran flat di Bedok North

Mangsa termasuk kanak-kanak berusia tiga tahun
May 14, 2022 | 05:30 AM



TRAGEDI memilukan begitu dirasai penduduk blok 409 Bedok North Avenue 2 apabila tiga penghuni, termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun, di sebuah unit tingkat empat maut dalam satu kebakaran pagi semalam.



Apabila kakitangan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba pada 6.40 pagi semalam, mereka menemui empat orang yang tidak sedarkan diri di unit itu, yang mempunyai sejumlah besar barang yang mudah terbakar, kata SCDF.



Kanak-kanak itu dan ibunya, 34 tahun, dan seorang lelaki, 35 tahun, yang tinggal di unit tersebut, dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri.



Lelaki dan kanak-kanak itu meninggal dunia di hospital akibat kecederaan yang dialami, kata polis. Ibunya dalam keadaan kritikal.



Seorang lagi penghuni, wanita berusia 56 tahun, meninggal dunia di tempat kejadian.



Mereka yang meninggal dunia dipercayai berbangsa Cina, berdasarkan sumber yang ditemui Berita Harian (BH) semalam.



Menurut Anggota Parlimen (AP) estet tersebut, Encik Tan Kiat How, lima orang tinggal di unit yang terjejas itu, termasuk pasangan yang menyewa satu bilik kepada tiga penyewa lain - pasangan dan kanak-kanak itu.



SCDF memadam kebakaran di ruang tamu menggunakan satu jet air.



Ibu, kanak-kanak dan lelaki ditemui di bilik tidur sementara wanita berusia 56 tahun itu ditemui di ruang tamu. Wanita tersebut diisytiharkan meninggal dunia oleh paramedik di tempat kejadian.



Apabila BH tiba di tempat kejadian sekitar 3 petang, polis masih kelihatan di tingkat empat blok tersebut dan ia dikepung.



Kakitangan dari Majlis Bandar East Coast dilihat membawa keluar barang-barang rumah yang terbakar untuk dibuang, lantai masih dipenuhi abu dan bau asap masih ada.



Cik Lydiana Rosli, 27 tahun, berkata beliau sedang dalam perjalanan ke kerja apabila mendapat panggilan daripada ibu bapanya bahawa terdapat kebakaran di bloknya.



Bimbang bagi keselamatan ibu bapanya yang berusia 61 tahun dan 64 tahun, beliau bergegas patah balik.



Jururawat yang tinggal di tingkat tiga berkata:



"Keadaan huru-hara. Saya bersyukur ibu bapa saya selamat dan rumah saya masih dalam keadaan baik. Namun saya rasa sedih atas apa yang berlaku terhadap mangsa dan keluarga mereka."



Pesara, Encik Jamil Osman, 68 tahun, menceritakan bahawa beliau hendak menunaikan solat Subuh apabila terbau asap.



Isteri beliau kemudian mendengar jeritan jiran-jiran mereka yang memaklumkan bahawa terdapat kebakaran di blok itu. Mereka kemudian bergegas ke tingkat satu dengan segera.



Encik Jamil berkata: "Setelah kami keluar dari rumah, saya nampak kepulan asap merebak ke tingkat 6 hingga masuk ke rumah saya."



Seorang jiran, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Ramadoss, baru pulang dari kerja apabila terdengar letupan kuat yang beliau sangka hanya kanak-kanak bermain.



Encik Ramadoss, yang tinggal di tingkat tujuh, pada mulanya tidak tahu terdapat nyawa yang terkorban walaupun melihat bahawa ada yang diusung keluar dari unit tersebut.



Namun, apabila terdengar bahawa terdapat kematian, lebih-lebih lagi melibatkan ibu dan anak, beliau rasa amat sedih dan terkejut.



"Keluarga saya sering terserempak dengan mereka di dalam lif kerana kami menggunakan lif yang sama, tetapi kami tidak pernah bercakap," ulas pekerja penghantaran itu. - Laporan tambahan DANIAL FHARICK dan HADIF AIMAN




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >