Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

300 anggota masyarakat dilatih sokong pasangan suami isteri

Mar 06, 2023 | 06:14 PM



LEBIH 300 anggota masyarakat Melayu/Islam telah dilatih dan dilengkapi dengan kemahiran untuk menyokong pasangan suami isteri di bawah Program Latihan Responder Pertama Perkahwinan, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.


Mereka terdiri daripada para pemimpin masyarakat dan agama serta sukarelawan, yang membantu dan menggalak pasangan mendapatkan bantuan profesional sekiranya mereka menghadapi masalah dalam bahtera rumah tangga mereka.


Program Latihan Responder Pertama Perkahwinan itu merupakan satu daya usaha yang memperkukuh Program Bersamamu, satu inisiatif utama di bawah salah satu bidang tumpuan M Kuasa Tiga (M3) untuk menyokong pembinaan institusi perkahwinan dan keluarga yang kukuh.


Program Bersamamu mendampingi pasangan Islam daripada sebelum mereka bernikah hingga ke sepanjang dua tahun pertama perkahwinan mereka.

Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi Ehwal Masyarakat Islam di Parlimen pada Isnin, Encik Masagos berkata lebih 20,500 pasangan telah dibantu di bawah Program Bersamamu itu. 


“Ini hasil bimbingan dan sokongan kukuh daripada para kadi dan naib kadi. Mereka berkunjung ke pusat-pusat Inspirasi Hub (kelolaan AMP dan Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS)) serta PPIS Vista Sakinah tahun lalu untuk lebih memahami cabaran-cabaran yang dihadapi pasangan-pasangan muda dan yang berkahwin semula. 


“Pelajaran yang ditimba membolehkan mereka memberi sokongan yang proaktif dan berkesan kepada pasangan-pasangan,” kata beliau.


Encik Masagos menambah bahawa usaha juga akan dijalankan untuk mengadakan khidmat khusus dari asatizah wanita dalam beberapa bidang.


Beliau berkata demikian sebagai memberi respons kepada saranan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Dr Shahira Abdullah, agar sudut pandangan wanita disertakan dalam program Bersamamu.


Encik Masagos berkata semua pemimpin agama, termasuk kadi dan naib kadi, telah dilatih untuk memberi bimbingan bagi memenuhi pelbagai keperluan berbeza yang dihadapi bakal pengantin lelaki dan wanita.


“Jika pasangan memerlukan sokongan khusus daripada para pakar, mereka dirujukkan kepada agensi dan perkhidmatan lain seperti PPIS, AMP dan Projek ARIF Yayasan Temasek. 


“Kami akur pasangan wanita inginkan khidmat khusus dari asatizah wanita dalam beberapa hal. Kami akan berusaha untuk mengadakannya,” kata beliau.


Dalam soalan susulan, Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) telah bertanya apakah terdapat sebarang bidang tumpuan yang disatukan bagi golongan keluarga seperti ibu bapa tunggal atau datuk nenek yang menjaga cucu, terutamanya dalam kemahiran keibubapaan, dan kerjasama bersama badan masyarakat seperti PPIS dan AMP.


Menjawab pertanyaan beliau, Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, berkata sokongan disediakan sepanjang perjalanan – daripada sebelum pasangan mendirikan rumah tangga hingga ke masa mereka mempunyai anak-anak dan anak-anak membesar – dalam usaha membina keluarga yang kukuh.


Beliau berharap keluarga, tidak kira latar belakang, akan memanfaatkan inisiatif nasional yang sedia ada, sambil menambah pemerintah akan menyokong mereka dengan keperluan khas, sama ada berkaitan keganasan keluarga atau masalah hubungan.


“Kami juga mahu dan telah mendekati badan-badan Melayu/Islam untuk menyediakan cara yang bernuansakan budaya dan malah, berkesan dari segi agama untuk menangani masalah, di samping yang diberikan di peringkat nasional,” kata beliau.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >