Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

32 pelanggan didenda $300 seorang, langgar peraturan Covid-19 di tempat F&B

Sep 30, 2020 | 5:30 AM
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL
PERKUKUH LANGKAH KEHIDUPAN SELAMAT: Pekerja asing dan pengendali dormitori akan disediakan latihan dan bahan pendidikan di bawah satu program baru dalam usaha memperkukuh langkah kehidupan selamat di dormitori dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.- Foto FAIL -

SERAMAI 32 pelanggan dikenakan denda $300 setiap seorang kerana melanggar peraturan Covid-19 di kedai makanan dan minuman (F&B), seperti tidak memakai pelitup segera selepas habis makan atau minum, bergaul dengan individu dari meja lain serta duduk dalam kumpulan melebihi lima orang.

Selain itu, lapan lagi kedai F&B diarah tutup dan 14 kedai juga dikenakan denda, kata Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) semalam.

Antara tempat yang perlu tutup adalah Siam Square Mookata di Punggol Point Road, cawangan kedai ayam goreng Korea, Chicken Up di Tanjong Pagar dan Cafe de Muse di Shaw House.

Daripada lapan kedai F&B ini, peraturan yang biasa dilanggar adalah penjualan dan pengambilan minuman keras selepas 10.30 malam dan para pengunjung bergaul dengan individu dari meja lain serta berkongsi makanan.

Dalam kenyatannya semalam, MSE berkata 14 kedai itu didenda kerana melanggar langkah pengurusan keselamatan, dengan 13 kedai didenda $1,000 dan satu kedai - pesalah berulang - didenda $2,000.

Antara kesalahan yang dibuat kedai berkenaan adalah membenar masuk dan menempatkan kumpulan lebih lima orang bersama dan tidak memastikan pengendali makanan memakai pelitup dengan betul.

MSE menambah agensi pemerintah telah menjalankan pemeriksaan tambahan pada 240 kedai F&B pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Daripada jumlah ini, 15 kedai didapati melanggar langkah pengurusan keselamatan.

Agensi sedang mengkaji pelanggaran tersebut dan tindakan penguatkuasaan yang sesuai yang harus diambil, termasuk penutupan sementara kedai dan mengenakan denda.

"Pemerintah akan terus mempertingkat pemeriksaan penguatkuasaan di kedai F&B di serata Singapura untuk memastikan mereka kekal selamat untuk semua," kata MSE.

Kementerian itu juga menggesa pengunjung mengamalkan tanggungjawab sosial, dan menambah bahawa agensi tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kededua pengunjung dan premis sekiranya mereka tidak mematuhi langkah pengurusan keselamatan.

Menyusuli itu Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Cik Grace Fu berkata semalam orang ramai perlu kekal berwaspada, terutamanya dengan lebih ramai orang kembali ke tempat kerja.

"Ia bukan mudah membuat penyesuaian yang wajib untuk mengurangkan risiko jangkitan, tetapi kita mesti kekal berwaspada, sedang lebih ramai orang kembali ke tempat kerja.

"Ini terutamanya tempat F&B di mana terdapat perhimpunan sosial untuk makan dan minum bagi tempoh masa yang panjang tanpa memakai pelitup," katanya di Facebook.

"Ayuh kita mainkan peranan kita dan ingatkan satu sama lain untuk mengamalkan tanggungjawab sosial dan bekerjasama dengan pengendali F&B apabila dinasihati.

"Dengan menghindari gelombang baru jangkitan, kita akan dapat terus berjumpa dan bertanya khabar rakan dan anggota keluarga kita dalam norma baru ini."

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg