Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

38 firma 'diteliti lebih dekat' kerana tidak lakukan secukupnya untuk gajikan warga Singapura

Aug 14, 2015 | 08:51 AM

SEBANYAK 38 syarikat dikenal pasti Kementerian Tenaga Manusia (MOM) untuk "diteliti lebih dekat" kerana tidak melakukan secukupnya untuk menggajikan dan melatih warga Singapura, kata Menteri Tenaga Manusia, Encik Lim Swee Say, semalam.

Permohonan Pas Pekerjaan (EP) syarikat-syarikat itu akan diperiksa lebih teliti oleh MOM, dan mereka juga boleh dilarang menggajikan karyawan asing jika mereka tidak bekerjasama, kata beliau dalam satu posting di blog kementerian itu.

Syarikat-syarikat itu akan diminta memberi perincian bagi permohonan EP, misalnya bilangan warga Singapura yang memohon dan ditemuramah bagi jawatan itu, dan apakah pekerja Singapura sedia ada telah dipertimbangkan bagi jawatan tersebut.

Encik Lim, yang pertama kali mendedah perangkaan itu, merujuk kepada syarikat yang mempunyai nisbah rendah warga Singapura dengan warga asing berbanding purata dalam industri, dan lemah dalam komitmen mereka untuk menimbangkan dengan saksama warga Singapura apabila menggajikan atau membangunkan kakitangan.

Sebanyak 100 syarikat pula dikenal pasti untuk berusaha bersama MOM kerana mereka mempunyai peratusan warga asing yang luar biasa tinggi bagi industri mereka, yang termasuk infokom, kewangan dan insurans, pembinaan, dan perdagangan borong.

MOM akan mengarahkan syarikat dalam senarai pantau itu meningkatkan usaha melatih dan menaik taraf karyawan, pengurus dan eksekutif Singapura, dan memindahkan pengetahuan daripada kakitangan asing kepada warga Singapura, kata Encik Lim.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3