Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4 wanita jatuh di stesen Bishan, eskalator tidak rosak, kata SMRT

Jan 09, 2017 | 11:09 AM



EMPAT wanita berusia antara 50 dan 60 tahun terjatuh ketika menggunakan eskalator di stesen MRT Bishan pada Ahad (8 Jan).



Menurut akhbar Cina Shin Min Daily News, mereka hilang imbangan di eskalator itu dan akhirnya jatuh terduduk di anak tangga eskalator.



Ia berlaku pada kira-kira 11.10 pagi.



Seorang saksi berkata eskalator tersebut berubah arah secara tiba-tiba tanpa sembarang amaran.



Menurut laporan itu, kecederaan yang dialami empat wanita tersebut tidak serius dan mereka dibantu oleh kakitangan stesen.



Bagaimanapun, Encik Patrick Nathan, Naib Presiden bagi Maklumat Korporat dan Komunikasi SMRT Corporation Ltd, berkata siasatan menunjukkan "tidak ada kerosakan pada operasi eskalator"



Beliau menambah bahawa kakitangan MRT Bishan membantu para penumpang itu dengan segera.



Salah seorang daripada mereka terjatuh ketika naik menggunakan sebuah eskalator.



"Kami ingin mengingatkan penumpang supaya pegang selusur dengan kuat apabila menggunakan eskalator di stesen kami. Penumpang warga tua, atau yang membawa anak atau barang besar, dinasihatkan supaya menggunakan lif penumpang demi keselamatan mereka," kata Encik Nathan.



Pada 12 Nov tahun lalu, seorang lelaki berusia 64 tahun jatuh ke belakang semasa menggunakan eskalator di stesen MRT Bishan.



Pesara berkenaan mengalami kecederaan parah di kepala, dan berada dalam keadaan koma sejak ituk.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >