Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

40 asatizah sertai Program Pencapaian Kepimpinan

Jul 02, 2022 | 05:30 AM



SERAMAI 40 asatizah telah menyertai Program Pencapaian Kepimpinan (LEP) yang julung-julung kali dianjurkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Rabu lalu.



LEP adalah satu daya usaha baru di bawah program Pembangunan Bakat dan Kepimpinan Agamawan.



Ia menggalak perkongsian terbuka tentang kehidupan beragama dalam masyarakat Islam Singapura dan meningkatkan pemahaman yang lebih mendalam bagi asatizah mengenai isu-isu dasar.



Dengan tema "Mengemudi Kerumitan Kepimpinan Agama dalam Masyarakat Sekular: Meneliti Realiti Masa Kini dan Kemungkinan Masa Hadapan", LEP tahun ini meluaskan lagi perbincangan penting yang telah diadakan dalam seminar pra-Persidangan Antarabangsa Mengenai Masyarakat Berjaya (ICCOS) 2021.



Ia berbincang tentang bagaimana Islam menyediakan pelbagai alat untuk masyarakat minoriti Islam bagi menyesuaikan diri dan berkembang maju dalam negara yang berbilang kaum serta agama.



Turut menyertai program itu secara maya Rabu lalu adalah Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dan Menteri Kedua kesihatan Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.



"Semasa dialog itu, saya gembira melihat ramai asatizah kita berkongsi perspektif mereka tentang isu-isu sosio-agama yang menjejas masyarakat kita hari ini. Ini termasuklah peri pentingnya membina kepercayaan dalam masyarakat sebagai pemimpin agama masa depan, kekal berdaya tahan walaupun menghadapi cabaran di dalam dan luar talian hari ini, serta melibatkan diri dalam masyarakat untuk lebih memahami isu-isu yang menjejas mereka.



"Peluang-peluang seperti ini membolehkan para asatizah kita lebih menghargai sifat keamanan, hormat menghormati, dan keharmonian yang dinikmati oleh masyarakat kita yang berbilang budaya dan agama melalui pembinaan kepercayaan secara berterusan selama beberapa dekad antara pihak-pihak berkepentingan dan masyarakat," ulas Encik Masagos yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam mengenai program itu.



"Saya berharap para asatizah kita akan terus mengasah pemikiran kritikal dan kemahiran kepimpinan mereka agar mereka dapat terus membimbing masyarakat Islam Singapura dengan berkesan pada masa akan datang," tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >