Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: WARGA BERBAKTI

40 tahun berbakti perangi dadah tanpa lelah

Azam sejak muda ASP bawa kepada usaha bebaskan masyarakat, SG daripada cengkaman dadah
CNB
Dec 08, 2021 | 05:30 AM



BELIAU menyaksikan sendiri betapa masalah dadah begitu meruncing di Singapura pada 1970-an, dengan penyalahgunaan dadah heroin, ganja dan pil MX berleluasa.



Beliau melihat juga dadah memusnahkan kehidupan, bukan penagih sahaja, bahkan keluarga dan masyarakat.



Dari situ, terdetik di hatinya azam menyumbang kepada usaha membasmi penyalahgunaan dadah dengan menyertai Biro Narkotik Pusat (CNB).



Azam Penolong Superintenden (ASP) Abdul Halim Rahman itu membawa kepada bakti sekitar empat dekad.



"Bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat di mana-mana (ketika itu). Malah agak selalu juga kita lihat orang berjalan-jalan dalam keadaan 'high' setelah mengambil dadah.



"Saya tidak mahu keluarga kita hidup dalam sekitaran itu," ujar beliau.



ASP Abdul Halim, 60 tahun, berkongsi kisah kerjayanya bersama CNB dalam satu wawancara bersama Berita Harian sempena ulang tahun ke-50 biro itu, yang disambut dalam satu majlis yang dihadiri tetamu terhormat, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Beliau menyertai CNB pada usia 21 tahun dan dijadualkan bersara tahun ini. Namun, kerana yakin masih mampu menyumbang, ASP Abdul Halim menyambung bekerja dan kini memegang jawatan ketua pasukan penguatkuasaan.



Selain tekad menyumbang kepada usaha membanteras kegiatan dadah, ASP Abdul Halim mendapat inspirasi daripada bapanya, seorang pegawai polis yang bersara berpangkat korporal.



Bapanya berkhidmat selama 25 tahun di balai polis Beach Road lama.



"Beliau selalu berkongsi cerita mengenai kerjanya sebagai pegawai polis. Saya seronok mendengar cerita-cerita beliau dan dari situ mula timbul minat menceburi bidang penguatkuasaan undang-undang.



"Malah, beliau juga sering menceritakan bagaimana beliau selalu bertemu penyalah guna dadah semasa membuat rondaan dan bagaimana dadah memusnahkan hidup pengguna dadah dan keluarga mereka. Beliau selalu berpesan kepada saya supaya bijak memilih kawan," cerita ASP Abdul Halim.



Diminta memberi pemerhatiannya tentang bagaimana tugas di CNB telah berubah sepanjang perkhidmatan beliau, ASP Abdul Halim berkata perbezaan paling ketara ialah penggunaan teknologi dalam usaha memerangi dadah.



Ini disamping CNB ketika itu hanya sebuah biro agak kecil dan divisyen penguatkuasaan yang dianggotai sekitar lapan pegawai saja di setiap divisyen.



"Jadi kami sering perlu kerja lewat untuk membantu satu sama lain... tapi kami seronok kerja bersama dan dapat rasakan semangat persaudaraan kukuh serta semangat kampung dalam kalangan semua pegawai," ujarnya.



Setelah lama berkhidmat, beliau benar-benar dapat menghargai peranan CNB dalam memastikan Singapura bebas daripada cengkaman dadah, termasuk dasar kawalan dadah negara yang bersifat tiada tolak ansur dan pelan penguatkuasaan menyeluruh.



Diminta mengulas mengenai masalah dadah yang dihadapi masyarakat Melayu/Islam, beliau gembira masyarakat bersatu hati menanganinya dengan kian ramai menjadi relawan bagi membantu kumpulan sokongan antidadah.



Memberi penilaiannya tentang gerakan 'Dadah Itu Haram' (DIH), beliau, yang tidak terlibat dalam gerakan itu, berkata ia antara inisiatif masyarakat yang baik, yang menyebarkan mesej peri penting keutuhan keluarga dan masyarakat dalam menolak dan memerangi dadah.



Menurut CNB, lebih 300 pertubuan menyokong usaha mendekati masyarakat oleh DIH.



"Ketagihan dadah boleh diatasi dan dengan sokongan keluarga serta masyarakat, mereka yang menyalah guna dadah boleh berjaya dalam usaha merubah kehidupan mereka," ujar ASP Abdul Halim, yang menerima pelbagai anugerah sepanjang kerjayanya bersama CNB, termasuk Pingat Khidmat Cemerlang Perkhidmatan Polis Singapura pada 1996 dan Anugerah Pencapaian Home Team pada 1999 dan 2010.




"Bahaya dan kesan penyalahgunaan dadah boleh dilihat di mana-mana (pada 1970-an). Malah agak selalu juga kita lihat orang berjalan-jalan dalam keadaan 'high' setelah mengambil dadah. Saya tidak mahu keluarga kita hidup dalam sekitaran itu... Ketagihan dadah boleh diatasi dan dengan sokongan keluarga serta masyarakat, mereka yang menyalah guna dadah boleh berjaya dalam usaha merubah kehidupan mereka."
- ASP Abdul Halim Rahman, yang kini memegang jawatan ketua pasukan penguatkuasaan dalam CNB.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >