Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SALAM AIDILFITRI

400 keluarga penerima bantuan PPIS dapat barangan Uniqlo

Hadiah syarikat bagi tambah keselesaan, keseronokan benefisiari sambut Hari Raya
May 06, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI sebahagian usaha menyokong masyarakat melalui kuasa pakaian, Uniqlo dengan kerjasama Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS) menghadiahkan pakaian baru kepada sekitar 400 keluarga daripada pusat perkhidmatan sosial dan asuhan pelajar PPIS.



Pelbagai produk pakaian Uniqlo diberi kepada penerima bantuan PPIS itu untuk memastikan mereka dapat berasa selesa sepanjang Ramadan lalu dan bagi menceriakan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri mereka dengan pakaian baru.



Kerjasama di bawah inisiatif tahunan PPIS Raikan Ihsan itu menyaksikan produk pakaian seperti pelitup muka AIRism, kemeja-T AIRism lelaki, kemeja-T perlindungan sinar ultraungu (UV) AIRism wanita, dan kemeja-T kanak-kanak dihadiahkan kepada penerima.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Uniqlo Singapore dan Malaysia, Encik Yuki Yamada, berkata jenama itu bekerjasama dengan PPIS bagi memperkasa keluarga penerima bantuan dengan pakaian baru yang bukan sahaja dapat memberi mereka keselesaan dan perlindungan, malah keseronokan apabila menyambut Hari Raya.



"Menyokong keperluan masyarakat tempatan adalah salah satu perkara penting bagi kami. Ia juga mencerminkan falsafah kami dalam pembangunan produk - sentiasa mencipta pakaian bagus yang dibuat bagi semua lapisan masyarakat, berdasarkan maklum balas dan keperluan pelanggan kami," katanya.



Antara penerima pakaian itu ialah Encik Izhmir, 44 tahun, yang berkata sokongan tersebut amat bermakna bagi beliau sekeluarga kerana barangan itu bukan bagi menyambut Hari Raya sahaja, malah bagi kegunaan harian.



"Keluarga saya mendapat manfaat daripada program PPIS Raikan Ihsan sejak 2020, dan setiap tahun kami menantikan hadiah yang mungkin kami terima.



"Tahun ini amat bermakna bukan sahaja kerana kami merupakan pengguna yang gemar barangan Uniqlo, malah ia pastinya dapat memeriahkan lagi sambutan Aidilfitri ini, selepas tahun yang sukar dari segi kewangan bagi saya dan keluarga saya," ujarnya.



Selain menghadiahkan pakaian, Uniqlo Singapore memberi sekitar 200 pelitup AIRism kepada PPIS, sebagai tanda penghargaan bagi usaha badan itu buat masyarakat.



Mengulas tentang kerjasama itu, CEO PPIS, Cik Tuminah Sapawi, berkata: "Walaupun barangan Uniqlo mungkin mampu dimiliki sebahagian besar masyarakat, ia mungkin sebaliknya bagi sesetengah segmen masyarakat.



"Ia juga hadiah praktikal kerana kita dapat meneruskan kunjungan Aidilfitri tanpa sekatan terhadap had tetamu selepas dua tahun.



"Sebagai sebuah pertubuhan perkhidmatan sosial, memberi khidmat kepada masyarakat adalah nadi pertubuhan kami, dan oleh itu kami memulakan PPIS Raikan Ihsan untuk menyemarak usaha kolektif ke arah meningkatkan semangat penerima bantuan kami dan mereka yang lebih memerlukan.



"Kami berterima kasih kepada Uniqlo bagi peluang ini, bagi menambah kemesraan dan keceriaan penerima bantuan kami untuk memeriahkan Hari Raya mereka."




"Walaupun barangan Uniqlo mungkin mampu dimiliki sebahagian besar masyarakat, ia mungkin sebaliknya bagi sesetengah segmen masyarakat."
- Cik Tuminah Sapawi, CEO PPIS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >