Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

$457 juta perkukuh penyelidikan sains sosial, kemanusiaan di SG

Sep 22, 2021 | 05:30 AM



SEJUMLAH $457 juta telah diperuntukkan untuk memperkukuh penyelidikan berkaitan sains sosial dan kemanusiaan di Singapura sepanjang lima tahun akan datang.



Ini merupakan kenaikan sekitar 30 peratus daripada $350 juta yang telah diperuntukkan sebelum ini bagi tahun kewangan antara 2015 dengan 2020 demi menyokong inisiatif utama yang dilancarkan oleh Majlis Penyelidikan Sains Sosial.



Menteri Pendidikan Chan Chun Sing mengumumkan kenaikan itu semalam berkata, ia akan membantu merangsang sokongan bagi penyelidik muda negara dengan kerjaya yang baik serta usaha untuk membangunkan ekosistem penyelidikan sains sosial dan kemanusiaan yang bertenaga di Singapura.



Beliau berkata demikian pada hari kedua Sidang Global Penyelidik Singapura (SSRC) yang berlangsung di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).



Dari 2016 hingga 2020, SSRC telah menganugerahkan dana sebanyak 37 projek di bawah Geran Bertema Penyelidik Sains Sosial, yang merangkumi pelbagai topik yang penting terhadap cabaran sosioekonomi Singapura.



Ini termasuk projek yang mengkaji paras meningkatkan produktiviti dalam sektor perkhidmatan, memahami bagaimana keluarga berpendapatan rendah menyesuaikan diri dengan sekitaran selain memupuk hubungan harmoni antara kumpulan dalam peringkat awal perkembangan kanak-kanak.



Encik Chan berkata: "Tujuannya ialah untuk memupuk penyelidikan antara disiplin. Pandemik Covid-19 telah menggariskan kepentingannya.



"Sedang saintis bioperubatan boleh menyelidik mengenai virus dan menghasilkan vaksin, kita juga memerlukan saintis perwatakan untuk membantu kami memahami dengan lebih lanjut aspek saintifik di sebalik kesan Covid-19 terhadap kesejahteraan kita."



Beliau menukil bagaimana Dr Anne Rifkin-Graboi, pensyarah kanan (saintis penyelidikan) di Institut Pendidikan Nasional (NIE) di NTU menggunakan latihannya dalam ilmu saraf perwatakan untuk menilai perangkaan yang ada untuk meneliti kesan tekanan berkaitan Covid-19 terhadap pembangunan awal kanak-kanak dan cara keluarga berfungsi dalam satu projek yang diterajuinya.



Projeknya telah dianugerahkan geran Penyelidikan Bertema Sosial Sains pada 2020. Ia bermula pada 31 Ogos dan akan berlangsung selama tiga tahun.



Dr Rifkin-Graboi, yang juga ketua penyelidikan jagaan awal kanak-kanak dan bayi di Pejabat Penyelidikan Pendidikan di NIE memberitahu akhbar The Straits Times bahawa penyelidikan sebelum ini telah menunjukkan bahawa tekanan semasa tempoh antenatal atau posnatal awal seorang ibu kemungkinan boleh menjejas sikap anak seperti menjalin hubungan dan dalam aspek pembangunan kognitif. Ini termasuk keupayaan untuk merancang, menganjurkan dan menghalang maklumat.



Menurutnya: "Meski kita tidak tahu apakah jenis hasil khusus di Singapura, walaupun kita membuat hipotesis bahawa kesannya mungkin berbeza bergantung pada tekanan tambahan yang dialami keluarga akibat pandemik."



"Faktor lain termasuk risiko sedia ada dan faktor berdaya tahan serta usia anak-anak semasa.. dan pada puncak sekatan yang dikenakan terhadap aktiviti dan perhimpunan sosial.



Encik Chan turut mengumumkan Fellowship penyelidikan sarjanan SSRC baru yang disasarkan terhadap rakyat Singapura yang ingin melanjutkan pelajaran dalam peringkat doktor falsafah atau pos kedoktoran di luar negara.



"Inisiatif ini menawarkan rangsangan kepada rakyat Singapura yang telah mengambil langkah untuk merintis kerjaya dalam bidang penyelidikan sendiri dan berminat untuk bekerjasama dengan penyelidik terkenal di Singapura," katanya.



Fellowship akan menawarkan geran sehingga $10,000 kepada pelajar doktor falsafah dan $200,000 bagi felo pos kedoktoran.



Permohonan bagi skim itu akan dibuka tahun depan.




"Tujuannya ialah untuk memupuk penyelidikan antara disiplin. Pandemik Covid-19 telah menggariskan kepentingannya. Sedang saintis bioperubatan boleh menyelidik mengenai virus dan menghasilkan vaksin, kita juga memerlukan saintis perwatakan untuk membantu kami memahami dengan lebih lanjut aspek saintifik di sebalik kesan Covid-19 terhadap kesejahteraan kita."
- Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >