Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

4PM teroka bidang kerjasama baru dengan M3, badan Melayu lain

Nov 20, 2021 | 01:18 PM



PERSATUAN Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM) kini giat meneroka kerjasama baru dengan M Kuasa Tiga (M³) serta badan Melayu/Islam lain dalam memberi khidmat kepada masyarakat.



Ini dinyatakan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, selepas menemui anggota jawatankuasa pengurusan 4PM yang baru dilantik.



“ Ia merupakan salah satu Jawatankuasa Pengurusan termuda yang pernah saya temui. Mereka sungguh berdedikasi dalam membangunkan, membimbing dan melengkapkan belia-belia kita,” kata Encik Masagos dalam satu pos di Facebook pada Sabtu (20 Nov).



Dalam sesi tersebut, pasukan 4PM itu telah berkongsi hala tuju mereka untuk maju ke hadapan, serta rancangan mereka untuk meningkatkan program-program belia yang sedia ada.



“Saya berbesar hati mendapat tahu bahawa mereka secara aktif bekerjasama dengan M³ dan MMO (badan Melayu/Islam) lain dan meneroka perkongsian baharu,” kata Encik Masagos.



Beliau telah mengadakan pertemuan itu hujung minggu lalu bersama Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; Anggota Parlimen GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakariah; serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah.



“Belia kita akan menjadi pemimpin masa hadapan dan mereka memainkan peranan penting dalam memartabatkan masyarakat.



“Saya yakin dengan sokongan semua, kita boleh terus mencapai wawasan kita sebagai sebuah Masyarakat Gemilang,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >