Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 masuk hospital selepas flat terbakar di North Bridge Rd

Jun 14, 2021 | 05:30 AM



LIMA orang dikejarkan ke hospital selepas berlaku satu kebakaran di North Bridge Road malam kelmarin.



Jurucakap Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata pihaknya diberitahu mengenai kebakaran di Blok 8 itu sekitar 10.15 malam.



Kebakaran itu melibatkan sebuah unit di tingkat tujuh di blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) yang berjaya dipadamkan menggunakan jet air.



Bagaimanapun sekitar 120 orang terpaksa dipindahkan dari tingkat enam hingga 10 blok berkenaan oleh polis.



Dalam kejadian tersebut, empat orang dihantar ke Hospital Besar Singapura (SGH) manakala satu lagi digegaskan ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH).



Jurucakap itu berkata mangsa yang mengalami kecederaan hidu asap atau luka kebakaran teruk akan dibawa ke Pusat Kebakaran di SGH.



"Namun, jika keadaan mereka terlalu tidak stabil, mereka akan dihantar ke hospital khusus Kementerian Kesihatan yang terdekat," tambahnya.



Punca kebakaran masih disiasat.



Dalam satu kiriman di Facebook semalam, Anggota Parlimen Jalan Besar, Cik Denise Phua, yang bertanggungjawab ke atas kawasan undi Kampong Glam tempat blok sewa itu terletak, berkata hampir semua benda dalam flat itu terbakar.



"Nasib baik tidak ada kecederaan serius," tambahnya.



Cik Phua berkata HDB telah menempatkan penghuni flat tersebut di sebuah unit pengganti berdekatan dan barangan keperluan seperti makanan telah diberikan kepada mereka.



Beliau menambah bantuan akan dihulurkan kepada keluarga itu - termasuk anak-anak yang sedang bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan - untuk membolehkan mereka kembali ke kehidupan normal secepat mungkin.



"Setelah menempatkan mereka di flat kosong baru, terima kasih kepada HDB, kami membeli dan menghantar beberapa barang keperluan seperti baldi, makanan, kipas angin, cerek dan lain-lain untuk keluarga itu dari pasar raya 24 jam.



"Kami akan menggunakan dana Rainy Day Umbrella Fund (Majlis Pembangunan Masyarakat) Central Singapore untuk membantu dengan keperluan asas," kata Cik Phua.



Beliau menambah banyak lagi perlu dilakukan.



"Sebaik sahaja kami melakar senarai keperluan, kami akan meminta bantuan dan menolong keluarga itu, terutama anak-anak (bersiap sedia menghadapi peperiksaan) dan ibu (dan kucing) dapat kembali ke kehidupan normal secepat mungkin.



"Agensi perkhidmatan sosial seperti FSC (Pusat Khidmat Keluarga) Kampong Kapor bersiap sedia. Terima kasih kepada semua yang membantu dan saya harap anda juga akan memberi dan membantu," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >