Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5 peratus pelajar terbaik JC, MI bakal layak jalani ujian, wawancara Fakulti Undang-Undang NUS

Feb 08, 2021 | 08:18 PM



DALAM usaha memperluas kerencaman pelajarnya, Fakulti Undang-Undang di Universiti Nasional Singapura (NUS) akan menyenaraipendekkan lebih ramai pelajar bagi ujian kemasukan dan sesi wawancara buat program Sarjana Muda Undang-Undang (LLB). 



Di bawah inisiatif perintis yang bermula tahun ini, pelajar yang tergolong dalam kalangan 5 peratus pelajar terbaik dalam kohortnya di sebarang maktab rendah (JC) atau Institut Millennia (MI) layak disenaraipendekkan bagi mengambil ujian ini dan menghadiri wawancara itu, kata NUS dalam kenyataannya pada Isnin (8 Februari). 



Ini akan ditentukan oleh keputusan peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat 'A', peperiksaan diploma International Baccalaureate (IB) atau yang serupa dengannya. Untuk layakkan diri bagi program ini, mereka mesti memilih undang-undang sebagai pilihan pertama mereka dalam permohonan ke NUS.



Buat masa ini, sekitar 2,000 pelajar memohon bagi program LLB setiap tahun. Sekitar 800 daripada mereka disenaraipendekkan bagi ujian bertulis dan wawancara, manakala 240 orang kemudian diterima masuk bagi kursus ini.



Program perintis ini dijangka dapat menambah sekitar 50 pelajar ke dalam senarai ini dengan sekolah yang mempunyai perwakilan rendah di fakulti undang-undang menjadi sasaran.



Calon-calon ini adalah tambahan kepada pelajar yang disenaraipendekkan menerusi proses yang biasa dikendalikan mengikut markah akademik dan kemasukan berlandaskan pengiktirafan kecemerlangan dalam bidang bukan akademik.



Kesemua calon melalui proses pemilihan yang sama ketatnya, ujar NUS.



Dekan fakulti ini, Profesor Simon Chesterman memberitahu akhbar The Straits Times dalam satu wawancara:



"Kami sedang melihat bagaimana memperbaiki kerencaman dalam dua cara, pertama dari segi kemahiran dan ilmu pengetahuan dan kedua dari segi latar belakang pelajar kita."



Profesor Chesterman menambah, pelajar dari maktab rendah yang diwakili dengan baik (untuk ke fakulti undang-undang) tidak akan diketepikan sebagai gantian mereka yang disenaraipendekkan bagi program perintis ini.



"Ini bermakna kami akan menjalankan lebih banyak sesi wawancara untuk meninjau pelajar ini," katanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >