Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

50 anggota SCDF dikerah padam kebakaran di Tuas South

Dec 10, 2021 | 5:30 AM
PADAM API: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan perindustrian di Tuas South Street 15 awal pagi semalam, sedang asap tebal menyelubungi kawasan tersebut. - Foto SCDF
PADAM API: Anggota bomba cuba memadamkan kebakaran yang berlaku di kawasan perindustrian di Tuas South Street 15 awal pagi semalam, sedang asap tebal menyelubungi kawasan tersebut. - Foto SCDF -

SERAMAI 50 anggota bomba telah dikerahkan pada awal pagi semalam bagi menangani api yang merebak di sebuah kawasan perindustrian di Tuas South Street 15.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dalam satu catatan Facebook berkata ia segera mengerahkan anggotanya sekitar 12.05 pagi selepas menerima panggilan panggilan tentang kejadian tersebut.

Menurut SCDF, kebakaran melibatkan longgokan sampah yang besar berukuran sekitar 20 meter kali 20 meter dan dengan ketinggian 5 meter.

Setibanya di kawasan kebakaran, anggota bomba segera mengerahkan sumbernya untuk mengelilingi dan mengawal kebakaran tersebut.

Anggota bomba terpaksa menggunakan set alat pernafasan untuk mengemudi persekitaran yang diselubungi asap tebal.

SCDF menambah mereka telah menggunakan sebuah Mesin Pemadam Api Tanpa pemandu (UFM), tujuh jet air dan buih udara mampat untuk mengawal kebakaran tersebut dalam masa sejam.

Seorang pekerja di premis itu berjaya meniggalkan bangunan terjejas sebelum pasukan SCDF tiba. Tiada kece deraan lain dilaporkan.

SCDF berkata mereka telah memulakan operasi melembabkan kawasan terjejas dengan air bagi mengelakkan sebarang kebakaran susulan berlaku dari permukaan yang panas.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg