Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

5,436 kambing ditempah bawah SalamSG Korban

Jul 06, 2022 | 05:30 AM



LEBIH 5,000 ekor kambing sudah ditempah menerusi SalamSG Korban kendalian Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) melalui portal yang disediakan.



Selepas tempahan bagi kambing ditutup petang semalam, jurucakap Muis memberitahu Berita Harian (BH) bahawa mereka telah menerima sebanyak 5,436 tempahan bagi kambing untuk dikorban tahun ini.



Sebanyak 54 masjid mengambil bahagian bagi tempahan untuk pelaksanaan korban di Australia tahun ini.



Sebelum ini, dilaporkan bahawa Muis telah menyediakan sejumlah 6,800 kambing dengan harga antara $350 dan $370.



Menurut Muis dalam catatan di Facebook semalam, penyembelihan kambing korban akan dijalankan pada hari-hari tasyrik, iaitu 11, 12 dan 13 Julai nanti.



Muis turut mengingatkan mereka yang menjalankan ibadah korban agar mengamalkan sunah dengan tidak memotong rambut dan kuku serta menunggu sehingga hari tasyrik berakhir untuk berbuat demikian.



Mereka turut diingatkan supaya menyediakan nombor telefon dan alamat yang betul bagi memudahkan pihak masjid menghubungi mereka selepas penyembelihan korban dijalankan serta diberikan kemas kini mengenai jadual penghantaran daging korban.



Mereka juga boleh hubungi masjid tempat mereka membuat tempahan untuk memeriksa status korban masing-masing.



Jurucakap Muis berkata daging korban akan dihantar terus ke rumah mereka yang melaksanakan ibadah korban oleh penyedia korban mereka mulai 15 Julai ini.



Sohibul korban juga dikehendaki untuk menyatakan bahagian yang ingin mereka ambil semasa tempahan.



"Masjid akan mengagihkan bahagian yang tidak diambil oleh sohibul korban kepada pelbagai penerima termasuk penerima zakat, sukarelawan, keluarga yang anggotanya dipenjara, pekerja asing dan kumpulan lain yang memerlukan," kata jurucakap Muis, menjawab pertanyaan BH.



"Jawatankuasa SalamSG Korban mengucapkan terima kasih kepada semua sohibul korban yang sudah memberikan kami amanah bagi korban tahun ini dan memohon doa daripada semua bagi operasi lancar di Australia dan seterusnya penghantaran ke Singapura kepada sohibul korban dan para penerima bantuan lain, termasuk para penerima zakat kami," tulis Muis dalam catatan Facebook mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >