Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23

$6 bilion dibelanja dari rizab untuk tampung kos kesihatan awam

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Belanjawan 2022

$6 bilion dibelanja dari rizab untuk tampung kos kesihatan awam

Feb 19, 2022 | 04:32 PM

DEMI memastikan Singapura terus yakin dan berupaya menghadapi situasi Covid-19 yang terus berubah, pemerintah akan ketepikan $6 bilion dari rizab negara untuk membiayai kos kesihatan awam, menurut Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong semalam.

Ini menjadikan jumlah jangkaan keseluruhan yang akan digunakan dari rizab negara dalam tempoh tiga tahun antara 2020 dengan 2022 sebanyak $42.9 bilion.

Jumlah tersebut kurang berbanding $52 bilion yang dijangka diperlukan semasa peringkat awal pandemik.

Menurut Encik Wong, yang telah menyampaikan kenyataan Belanjawan di Parlimen semalam, Presiden Halimah Yacob telah memberikan  persetujuan pada prinsipnya bagi menggunakan $6 bilion itu.

Sekitar $3.7 bilion daripada jumlah itu akan diperuntukkan bagi keperluan ujian Covid-19, pengurusan klinikal dan menjejak kontak, $1.2 bilion bagi keperluan vaksin dan terapeutik dan baki $1.1 bilion bagi prasarana pengasingan, pengurusan sempadan dan langkah jarak selamat.

Menurut Kementerian Kewangan (MOF), ini merupakan langkah sementara dan istimewa yang diperlukan untuk mengekalkan pertahanan kesihatan awam pelbagai tahap dalam tempoh ini.

Menyentuh tentang penggunaan rizab secara keseluruhan, Encik Wong berkata bagi 2020 dan 2021, pemerintah telah memerlukan jumlah yang kurang berbanding jumlah yang dijangka diperlukan pada awalnya.

"Ini mencerminkan bagaimana Singapura menggunakan rizabnya dengan jimat," katanya.

Pada tahun kewangan 2020, pemerintah berkata ia akan menggunakan sehingga $52 bilion untuk membiayai kos langkah yang diperlukan untuk melindungi kehidupan dan pendapatan sedang ekonomi dunia teruk terjejas dek pandemik.

Namun, kini ia menjangka untuk hanya menggunakan $31.9 bilion bagi tahun itu, kata Encik Wong.

Ini kerana tindakan Singapura yang pantas dan tidak teragak-agak terhadap pandemik Covid-19 berjaya mengelakkan masalah kesihatan awam yang lebih teruk, dan pemulihan ekonomi dan perniagaan yang semakin kukuh turut bermakna langkah seperti peruntukan bagi kerugian pinjaman tidak digunakan, tambahnya.

Menurut MOF, Singapura berjaya mengelakkan keadaan kesihatan awam yang lebih teruk disebabkan langkah pengurusan keselamatan yang kerjasama warga Singapura.

Tambahnya, sokongan fiskal yang lebih tinggi bagi perniagaan telah membantu ekonomi pulih semula dan menghadkan pinjaman tidak berbayar.


Sebanyak $42.9b
akan diguna dari rizab negara

Pemerintah akan ketepikan $6 bilion tahun ini untuk membiayai kos perbelanjaan untuk kesihatan awam.

  • $3.7 bilion bagi ujian Covid-19, pengurusan klinikal, jejak kontak
  • $1.2 bilion bagi keperluan vaksin dan terapeutik
  • $1.1 bilion bagi prasarana pengasingan, pengurusan sempadan dan langkah jarak selamat.
  • Ini menjadikan jumlah keseluruhan yang dijangka digunakan dari rizab negara $42.9 bilion bagi tiga tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3