Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

75% kerja struktur Depoh Bersepadu East Coast siap, disasar selesai pada 2025

Depoh pertama di dunia sepadukan tiga depoh kereta api dan depoh bas dalam satu tapak
Sep 21, 2022 | 05:30 AM



SEKITAR 75 peratus kerja struktur keseluruhan bagi Depoh Bersepadu East Coast (ECID) - depoh pertama di dunia yang akan menyepadukan tiga depoh kereta api dan sebuah depoh bas dalam satu tapak - telah selesai dijalankan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Sementara itu, kerja-kerja konkrit dan seni bina sedang dijalankan.



Landasan kereta api pula kini sedang dipasang dan pemasangan khidmat elektrik dan penyenggaraan serta sistem sedang dilakukan, tambah LTA.



Kerja binaan bagi ECID telah dimulakan pada 2016, dan depoh itu disasarkan selesai dibina pada 2025.



Menteri Pengangkutan, Encik S. Iswaran, berkata apabila siap dibina pada 2025 nanti, ECID akan menggabungkan depoh kereta api yang berkhidmat untuk tiga laluan MRT.



Depoh Laluan Downtown akan terletak di bawah tanah, Depoh Laluan Thomson-East Coast akan berada di tingkat satu, dan Depoh Laluan Timur-Barat di tingkat atas.



Tiga depoh ini boleh menampung sekitar 220 kereta api secara keseluruhan.



"Melalui kejuruteraan dan reka bentuk yang teliti, kami dapat menyusun laluan MRT, setiap daripadanya dengan jumlah kereta api yang berbeza, dan ketiga-tiga depoh beroperasi secara berasingan.



"Ini menghasilkan penjimatan yang ketara dalam kedua-dua kos modal dan operasi melalui asas dan tiang dikongsi, dan kemudahan dan sistem bersama," kata beliau, yang melakukan lawatan ke tapak projek depoh itu semalam.



Depoh empat-dalam-satu itu akan menjimatkan kawasan sekitar 44 hektar tanah, atau lebih kurang sama dengan 60 padang bola sepak, yang membebaskan kawasan tanah bagi perumahan, komersial dan penggunaan lain, tambah Encik Iswaran.



Beliau berkata depoh kereta api adalah komponen penting dalam prasarana sistem kereta api keseluruhan.



"Ia tempat di mana kerja penyenggaraan dan pembaikan dilakukan, dan kereta api ditempatkan semalaman, sebelum keluar keesokan hari bagi perkhidmatan penumpang.



"Pada masa ini, kami mempunyai lebih 400 kereta api dalam operasi, disokong sembilan depoh kereta api serata Singapura.



"Seperti yang anda boleh bayangkan, kawasan tanah yang diperlukan adalah besar; oleh itu, kami mesti menggunakan huraian inovatif untuk mengendalikan keperluan yang semakin meningkat bagi ruang depoh sedemikian sedang sistem kereta api kita berkembang," kata Encik Iswaran.



Depoh bas akan dibina sebagai struktur berasingan bersebelahan kompleks depoh kereta api itu, dengan aras bawah akan menempatkan depoh penyenggaraan, manakala aras atas akan menyediakan tempat meletak kenderaan bagi sekitar 760 bas.



LTA berkata ciri-ciri hijau akan digabungkan, seperti panel suria yang dipasang di atas bumbung depoh kereta api dan bas, penggunaan lampu LED, dan reka bentuk muka bangunan yang memanfaatkan pengalihan udara dan cahaya semula jadi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >