Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

86% petugas barisan hadapan Home Team sudah terima dua dos vaksin Covid-19: Josephine

Jul 27, 2021 | 05:30 AM



SEBANYAK 86 peratus petugas barisan hadapan Home Team telah menerima kedua-dua dos vaksinasi Covid-19 dan lebih 90 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi tersebut sehingga akhir Jun lalu.



Demikian didedahkan Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo dalam ucapannya semasa Majlis Penyampaian Biasiswa dan Penajaan MHA (Kementerian Ehwal Dalam Negeri) semalam.



Cik Teo memberikan perincian mengenai langkah-langkah untuk memastikan keselamatan petugas ketika menjalankan tugas mereka dalam persekitaran baru pandemik yang mencabar.



"Memandangkan sudah menjadi sebahagian tanggungjawab mereka, para pegawai kami menghadapi risiko kesihatan ketika menjalankan tugas.



"Kita hargai pengorbanan dan sifat tidak pentingkan diri sendiri mereka," kata Cik Teo, yang turut berkata para pegawai Home Team memainkan peranan dalam menguatkuasakan rejim Notis Jangan Keluar Rumah (SHN), membawa orang yang dijangkiti Covid-19 ke hospital serta menguruskan dormitori pekerja migran.



Sebanyak 96 peratus pegawai barisan hadapan Home Team yang layak sudah memilih untuk menerima vaksinasi mereka sehingga akhir Jun lalu, termasuk 86 peratus yang sudah divaksinasi sepenuhnya dan lebih 90 peratus yang sudah menerima dos pertama.



Dalam kalangan pegawai bukan barisan hadapan pula, 93 peratus sudah memilih mendapatkan vaksinasi, dengan sekitar 42 peratus sudah divaksinasi sepenuhnya dalam tempoh yang sama.



Lagi 62 peratus pula sudah menerima sekurang-kurangnya dos pertama sementara yang lain sedang menunggu bagi mendapatkan suntikan mereka.



Semalam, seramai 258 pegawai Home Team telah menerima biasiswa, penajaan atau anugerah belajar daripada MHA.



225 daripada mereka akan menyambung pelajaran di peringkat sarjana muda, sementara lagi 33 akan menyambung pengajian di peringkat pascasiswazah.



Seramai 10 pegawai juga telah menerima Hadiah Buku MHA.



"Setiap tahun, kami berikan biasiswa dan penajaan kepada pegawai yang telah menunjukkan khidmat yang luarbiasa, komitmen dan keinginan melakukan perubahan.



"Anugerah-anugerah yang diberikan (semalam) bukan sahaja mengiktiraf pegawai Home Team yang telah menunjukkan prestasi yang baik, tetapi juga menyedari potensi para pegawai ini untuk menyumbang lebih banyak lagi," ujar Cik Teo.



Semasa ucapannya, beliau turut menekankan kepentingan meningkatkan usaha transformasi Home Team.



Beliau berkata, teknologi akan terus dimanfaatkan bagi mencapai produktiviti yang lebih besar.



Memberi contoh, Cik Teo berkata Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA) telah menggunakan pengimbas iris dan muka di pusat pemeriksaan - kaedah yang lebih cekap, bersih, selamat dan boleh dipercayai berbanding pengesahan cap jari.



Kerjasama dengan masyarakat dan sukarelawan juga akan dipertingkat, sepertimana Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) telah bekerjasama dengan Agensi Perkhidmatan Sosial untuk meluaskan lagi Rangka Kerja Sukarelawan Throughcare SPS.



Cik Teo juga berkata MHA akan terus membangunkan tenaga kerja yang kukuh yang berasaskan kecemerlangan dan profesionalisme.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >