Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 dari 10 lulusan Yale-NUS dapat pekerjaan 6 bulan lepas peperiksaan

Feb 21, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN daripada 10 lulusan Yale-NUS berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh enam bulan selepas selesai menduduki peperiksaan terakhir, dengan mereka yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sains dengan kepujian meraih gaji kasar median $5,350.



Ini lebih tinggi berbanding rakan mereka yang lain di Universiti Nasional Singapura (NUS), kata kolej sastera itu dalam satu kenytaaan semalam.



Namun, ia berkata angka gaji itu adalah berdasarkan sampel yang agak kecil, iaitu kurang 30 lulusan.



Dalam kalangan lulusan NUS, peguam dan doktor baru dan mereka yang memiliki ijazah sarjana muda pengkomputeran meraih gaji tertinggi, dengan gaji permulaan juga sekitar $5,000.



Mereka dalam bidang lebih umum, seperti sains atau sastera, mempunyai gaji lebih rendah - terutama jika mereka tidak mempunyai sarjana muda kepujian.



Dalam kenyataannya semalam, Yale-NUS berkata lulusan yang memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian meraih gaji permulaan kasar median $3,890.



Semua lulusannya mendapat pekerjaan dalam pelbagai bidang, termasuk teknologi maklumat, perundingan, khidmat kewangan, pendidikan dan sektor awam.



Secara keseluruhan, 147 daripada 187 lulusan baru kolej sastera itu mengambil bahagian dalam tinjauan pekerjaan lulusan bersama tahunan itu, yang butirannya dikeluarkan kelmarin.



Tinjauan itu, yang mendekati 11,800 orang, mendapati jumlah penuntut yang tamat pengajian tahun lalu dan berjaya mendapatkan pekerjaan sepenuh masa berkurangan.



Mereka yang dalam bidang kurang khusus lebih merasakan kesan pandemik Covid-19 manakala mereka yang mengikuti kursus lebih tertumpu, seperti IT dan sains kesihatan, dianggap sebagai keutamaan lebih tinggi bagi pengambilan kerja.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >