Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

9 firma Sweden di S'pura gandakan cuti paterniti kepada empat minggu

Dec 10, 2021 | 05:30 AM



SEMBILAN syarikat berbilang negara (MNC) Sweden di Singapura, termasuk firma farmaseutikal AstraZeneca dan peruncit pakaian H&M, telah berikrar untuk menggandakan manfaat paterniti yang dibayar daripada dua hingga empat minggu mulai tahun depan.



Ikrar #DoubleUp adalah satu langkah ke arah kesaksamaan jantina dan mewujudkan budaya korporat yang menggalakkan bapa berada di sisi keluarga untuk bayi mereka, kata Dewan Perniagaan Sweden Singapura (SwedCham) semalam.



Ahli SwedCham lain yang telah turut serta dalam ikrar ini ialah firma kejuruteraan ABB; syarikat perindustrian Atlas Copco; syarikat reka bentuk Bolon x The Andrews Group; pengeluar perkakas Electrolux; pembekal perkhidmatan pengurusan rantaian bekalan Mentor Media; syarikat kecantikan Oriflame; dan pengeluar galas SKF.



Langkah itu diilhamkan oleh syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea, yang pada 2017 telah menggandakan manfaat paterniti dibayar daripada dua minggu kepada empat minggu.



Di bawah undang-undang Singapura, bapa yang bekerja diberikan dua minggu Manfaat Paterniti yang Dibayar Pemerintah (GPPB) sementara ibu mendapat 16 minggu.



Ketua eksekutif dan pengurus wilayah H&M Selatan Asi, Cik Oldouz Mirzaie, berkata dengan menjadi sebahagian daripada ikrar itu, ia berharap dapat menggalak lebih banyak perniagaan mengambil serius akan kesaksamaan jantina.



"Usaha kolektif diperlukan untuk mengubah minda," tambahnya.



Presiden negara AstraZeneca Singapura, Encik Vinod Narayanan, berkata wabak itu telah menyaksikan peranan jantina berkembang di rumah.



"Dengan lebih ramai orang menerima perubahan ini, tiba masanya untuk syarikat mengorak langkah ke hadapan dengan menggalak bapa mengambil peranan lebih aktif semasa bulan-bulan awal kehidupan anak," katanya.



Sembilan syarikat yang telah menandatangani ikrar itu menjemput firma lain untuk menyertai mereka.



Ikrar itu akan terus dibuka hingga Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac 2022.



Pelancaran ikrar itu seiring masa dengan keluaran sebuah buku meja kopi oleh SwedCham yang memaparkan kisah peribadi dan renungan daripada lelaki dari semua lapisan masyarakat yang bertajuk #candid: 100 Perspectives On Gender Equality In Singapore.



Salinan buku digital itu akan disediakan dalam talian manakala 1,500 salinan cetakan akan diedarkan kepada peserta, penaja dan rakan kongsi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >